Seperti yang kita tahu, MalaysiaKini telah berniat jahat memutarbelitkan kenyataan awal Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang kononnya 'terkejut' kerana DS Najib Razak 'cepat selesaikan ibadah Haji'.
Oleh kerana termalu memperbodoh-bodohkan pembaca tapi tidak mahu mengaku bersalah, MalaysiaKini terpaksa mengeluarkan kenyataan balas Juanda.
Dan jika kita baca laporan di bawah, MiM dapat mengagak bahawa 'pihak yang hendak mengulas isu Haji Najib Razak tidak cukup mendalami ilmu Haji' turut ditujukan kepada editor-editor kafir MalaysiaKini!
Dan jika Mufti Perlis tahu bahawa Najib Razak lengkap rukun Hajinya, kenapakah portal pro-pembangkang itu mendakwa bahawa beliau 'terkejut'?
Tetapi, biasalah. Siapa yang tidak kenal dengan sikap pembohong dan kaki putarbelit portal pro-pembangkang bernama MalaysiaKini.
Mereka cekap bermain-main dengan kata-kata tetapi sampai bila mereka boleh tipu pembaca?
MalaysiaKini memang jahat tahap sampah!
Media alternatif seperti bloggers pro-pembangkang pun turut sama menyebarkan fitnah tersebut tanpa usul periksa. MALU!Sila baca laporan yang ditulis oleh MalaysiaKini. Di antaranya :-
Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.
Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.
Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.
"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.
Beliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.
TQMIM
Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
5 days ago
Post a Comment