Label 10

Home » » MELAKA AKAN WARTAKAN SEKS SEJENIS DAN SEKS BEBAS SEBAGAI AMALAN SESAT !! KELANTAN ? HAMPEHH TAKUT AMBIGA?!

MELAKA AKAN WARTAKAN SEKS SEJENIS DAN SEKS BEBAS SEBAGAI AMALAN SESAT !! KELANTAN ? HAMPEHH TAKUT AMBIGA?!

Written By AAKJ on Tuesday, November 8, 2011 | 12:41 PM

GAMBAR HIASAN

JASIN: Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sedia mengkaji semula enakmen untuk mewartakan seks bebas sebagai ajaran sesat dan memperuntukkan hukuman lebih berat kepada pihak atau individu yang menyokong serta terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Pengerusi MAIM, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kajian itu perlu dibuat jika enakmen yang sedia ada tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menjatuhkan hukuman ke atas umat Islam di negeri itu yang terlibat atau menyokong aktiviti tersebut.

Menurutnya, melalui enakmen yang akan dikaji itu, cadangan akan dibuat untuk mewartakan seks bebas melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) sebagai ajaran sesat.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, bagi tujuan tersebut, MAIM akam mendapatkan khidmat nasihat pakar Undang-undang dengan merujuk enakmen sedia ada untuk membolehkan mereka yang terlibat atau menyokong aktiviti seks bebas dikenakan hukuman setimpal.

“Jika seks bebas bukan menjadi satu kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen sedia ada, MAIM akan mewujudkan satu undang-undang baru dan mewartakan kegiatan itu sebagai ajaran sesat.

“Melalui enakmen baru itu ia membolehkan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang terbabit dan menyokong aktiviti seks bebas dikenakan hukuman bukan sahaja denda tetapi penjara,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, penglibatan masyarakat Islam di negeri itu dalam aktiviti seks bebas tidak boleh dimaafkan.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri dan MAIM tidak akan membenarkan sama sekali aktiviti seks bebas bertapak di negeri itu kerana ia bukan sahaja ditentang oleh Islam dan agama lain tetapi menjejaskan jati diri negara.

“Seks bebas bukan amalan kehidupan di negara ini dan kerana itu ia perlu dibendung memandangkan kegiatan ini boleh memudaratkan umat Islam bukan sahaja di negen ini rnalah di seluruh negara,” ujamya.

MAIM kini, jelas beliau, telah mewartakan antara 14 hingga 16 ajaran sesat yang dilarang oleh umat Islam untuk mengikutinya. Sehubunan itu, katanya, MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diarahkan untuk memantau jika ada pihak atau individu cuba menganjurkan aktiviti seks bebas di negeri itu.

UM 08/11/2011
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger