Label 10

Home » » MARINA MAHATHIR !! RESAH AKU BILA NAK TULIS PASAL ANAK TUN YG AKU HORMATI !! AKU TULIS JUGA...RENUNGAN...

MARINA MAHATHIR !! RESAH AKU BILA NAK TULIS PASAL ANAK TUN YG AKU HORMATI !! AKU TULIS JUGA...RENUNGAN...

Written By AAKJ on Thursday, November 10, 2011 | 1:33 PM




Dunia politik negara kita memang penuh dengan kepelbagaian yang menarik untuk diperkatakan. Di parlimen kita sekarang, abang duduk sebagai penyokong kerajaan adik duduk sebagai penyokong pembangkang.

Diluar parlimen pula, Anwar sanggup berhabis sebahagian kemewahannya untuk menghantar anak lelaki tunggalnya menetap di New York kerana perasan yang Ehsan tidak sealiran dengan agenda politiknya dan tidak mahu Ehsan merosakkan impiannya ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri. Dikatakan juga Ehsan berkawan baik dengan Saiful Bukhari dan tahu kejadian liwat tersebut memang dilakukan bapanya.

Pendek kata soal kaum keluarga berlainan aliran bukanlah suatu yang janggal.

Balik pada Marina tadi. Sejak kerajaan BN dibawah pimpinan Abdullah Badawi mengasingkan bapanya dari aliran semasa, Marina mula berubah menjadi kritikal kepada kerajaan. Padanya BN tidak mengenang jasa yang ditabur bapanya sepanjang 22 tahun memerintah negara ini.

Sejak itu Marina mula berjinak-jinak dengan pergerakan NGO-NGO liberal yang berlindung disebalik nama hak asasi manusia untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap BN yang dipandang tidak mengenang budi ini tadi. Kenapa pergerakan ini jadi pilihan tidak susah ditafsirkan.

Marina terpaksa menyertai pergerakan liberal ini kerana dia tidak boleh berdiri diatas platform pembangkang. Dibanding dengan kerajaan BN pimpinan Abdullah Badawi yang tidak mengenang budi, pembangkang memusuhi bapanya secara peribadi dan itu akan membuatnya lebih tidak selesa walaupun penyertaannya dalam mana-mana parti politik pembangkang mempunyai nilai politik yang tidak mampu dilepaskan mereka.

Walaupun setelah kepimpinan negara bertukar tangan, Marina sudah merasa selesa dengan pergerakan ini kerana diri dan ideanya diterima pihak-pihak terbabit. Maka itu Marina semakin aktif dan tidak keterlaluan kalau penulis sebut, dipergunakan untuk kepentingan puak-puak ini memandangkan kepada nama besar dihujung namanya itu – MAHATHIR.

Kelancangan Marina mengecam polis dan kerajaan di dalam isu-isu berkaitan dengan Bersih dan Seksualiti Merdeka yang diharamkan membuktikan cakap penulis itu. Marina terbawa-bawa dengan emosi apabila pihak yang menerimanya dikala dia dan keluarganya diketepikan kerajaan pimpinan Abdullah Badawi, dikenakan tindakan oleh polis atas alasan yang padanya remeh seperti perhubungan sejenis ini.

Marina punya asas untuk menyokong Seksualiti Merdeka kerana dia bercakap dari kedudukkannya sebagai penyokong gerakan liberal. Atas apa pun alasan, kita perlu bersetuju bahawa diskriminasi ke atas golongan gay dan lesbian ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Yang jadi masalah ialah apabila gerakan liberal yang disokong dan didokong Marina memilih memberi pengiktirafan kepada golongan ini sebagai jalan penyelesaian sedangkan sebagai sebuah negara Islam dan dihuni majoriti orang Islam, penyelesaian yang dipilih Marina itu tidak boleh diterima sama sekali.

Sebagai perbandingan, ada banyak kes zina, dadah dan sebagainya berlaku di dalam masyarakat kita sekarang, adakah jalan penyelesaian terbaik ialah memilih untuk memberi pengiktirafan kepada golongan ini?

Kesimpulannya, Marina tidak langsung berkaitan dengan agenda politik BN. Mengaitkan segala pergerakkannya di dalam aktiviti seperti Seksualiti Medeka, Bersih dan sebagainya dengan BN hanyalah kerja sia-sia dan tidak mendatangkan hasil.

MyKMU

TQUnspinners
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger