Label 10

Home » » KHAS !! GURU BESAR SEKOLAH YG ARAH POTONG RM 50 MASUK PIBG ?!!

KHAS !! GURU BESAR SEKOLAH YG ARAH POTONG RM 50 MASUK PIBG ?!!

Written By AAKJ on Friday, November 18, 2011 | 9:00 AM

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan,Datuk Khairil Awang


KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah rendah di Keramat di sini yang didakwa memotong RM50 daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar sudah diarah untuk memulangkan wang itu dengan segera. 

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan,Datuk Khairil Awang, berkata beliau sudah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.

"Apabila mengetahu hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
"Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar," katanya. 

Isu potongan itu dibangkitkan semalam oleh seorang bapa pelajar di sekolah terbabit ketika sesi soal jawab bersama Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, apabila mendakwa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu memotong RM50 daripada RM100 bantuan itu. 

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 bulan lalu.



 - BERNAMA 
Share this article :

+ comments + 2 comments

November 18, 2011 at 9:08 AM

Mahu kena siasat Guru Besar tu pro mana,bila dia buat begitu dah tentu ibubapa salahkan kerajaan

November 18, 2011 at 9:31 AM

yes setuju dengan unknown di atas.

you just can't potong elaun orang suka suka hati tanpa kebenaran tuan puan badan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger