Label 10

Home » » KERETA NASIONAL KUASA LETRIK MULA D PAMERKAN !! TQ BN !!

KERETA NASIONAL KUASA LETRIK MULA D PAMERKAN !! TQ BN !!

Written By AAKJ on Wednesday, November 16, 2011 | 7:27 AM





Proton EV dan Proton REEV ialah dua kenderaan eletrik buatan Proton. Proton EV ialah kenderaan eletrik yang diubah suai dari Saga FL sementara REEV pula diubah dari Exora. Kedua-dua kereta ini sedang dipandu uji oleh Proton setelah berada dalam proses pembangunan selama hampir 2 tahun

Untuk Proton Electric Vehicle, ruang depan dan belakang (bawah spare tyre) diletakkan bateri yang mampu memberikan jarak perjalanan maksimum 120 kilometer. Top speednya pula dalam lingkungan 120 Kmj. Untuk mengecasnya pula memerlukan 6 jam dan palam 3 pin biasa boleh disambung terus untuk mengecas Proton EV.

Proton REEV (Range Extended Electric Vehicle) pula sebuah kenderaan hibrid petrol dan elektrik. Ianya boleh berjalan sehingga 600 kilometer. REEV memenangi anugerah "Best Overall Extended Range Vehicle" di Future Car Challenge baru-baru ini. Dalam Future Car Challenge kereta elektrik dan hibrid dipandu dari Brighton ke London. Ini amat membanggakan!

Kedua-dua kereta ini hanya akan memasuki pasaran seawal 2013. Harga tak tentu lagi tapi dipahamkan mungkin akan lebih mahal dari kereta Proton biasa kerana harga bateri yang mahal.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger