Label 10

Home » » KELANTAN !! TERLALU BANYAK BABI HUTAN ANCAM PENDUDUK !!

KELANTAN !! TERLALU BANYAK BABI HUTAN ANCAM PENDUDUK !!

Written By AAKJ on Wednesday, November 2, 2011 | 2:16 PM

babi hutan

KOTA BHARU- Masalah ancaman babi hutan dihadapi penduduk di Kampong Lubuk Jambu, Mulong di sini sejak tiga tahun lalu masih belum selesai dan kini semakin membimbangkan.

Menyedari keadaan itu yang mula mengancam keselamatan penduduk, sepasukan Angkatan Relawan Malaysia bersama Kawasan Rukun Tetangga bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) termasuk Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Lubuk Jambu mengadakan operasi menembak kelmarin.

Kapten Rela Pendek, Aris Daud berkata, sejak dulu sekumpulan babi hutan ini merosakkan tanaman penduduk kampung dan perkara itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Menurutnya, sebelum ini operasi menembak pernah dilakukan dan kali ini diteruskan lagi kerana lebih banyak babi hutan berkeliaran di kawasan kampung yang mengganggu keselesaan penduduk.

“Sekarang ini babi liar sudah mula berkeliaran di kawasan masjid dan juga nyaris menyebabkan penduduk terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika babi keluar pada waktu malam.

“Bagi tempoh sementara ini kami hanya mampu melakukan operasi menembak untuk menghalang babi hutan ini tetapi jika keadaan ini berterusan ia akan menimbulkan keresahan kepada penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dalam operasi itu, 18 babi hutan berjaya ditembak dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Aris berkata, pihaknya juga akan mempertingkatkan keselamatan di kawasan kampung dan meneruskan operasi menembak kerana masalah tersebut akan berterusan sekiranya tiada langkah mengatasi diambil.

“Saya berharap penduduk sekitar dapat bekerjasama supaya dapat memastikan keselamatan kampung dan juga masyarakat sekitar,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger