Label 10

Home » » KELANTAN !! TABUNG SERAMBI MEKAH ?? TABUNG KUTIPAN MASA CERAMAH UNTUK SIAPA ?!! 20 TAHUN TAK AUDIT ?!!

KELANTAN !! TABUNG SERAMBI MEKAH ?? TABUNG KUTIPAN MASA CERAMAH UNTUK SIAPA ?!! 20 TAHUN TAK AUDIT ?!!

Written By AAKJ on Saturday, November 19, 2011 | 8:26 PM

Tabung Amanah Serambi Mekah mencipta sejarah baru sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu apabila menerima sumbangan derma peribadi sebanyak RM5 juta.
Dengan sumbangan tersebut, tabung berkenaan berjaya mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini.
Malangnya tabung itu tidak pernah diaudit dan diumumkan kegunaannya dan sejauh manakah wang itu disalurkan kepada mereka yang berhak tidak pernah diketahui kebenarannya.
Menurut sumber dalaman, tabung berkenaan digunakan untuk membiayai projek parti dan menjadi strategi Pas Kelantan untuk mengutip wang derma dan digunakan bagi kepentingan pemimpin parti memperoleh kekayaan luar biasa.
“Disebabkan itu wang itu tidak pernah diaudit. Malahan Tabung itu juga menjadi instrumen untuk mengambil wang daripada syarikat-syarikat kerajaan negeri kononnya untuk menderma tetapi sebenarnya mereka dipaksa mendermakan.
“Inilah strategi Pas menggunakan duit haram untuk tujuan politik,” katanya.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan 21 tahun lalu.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada dermawan tersebut serta penderma lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma.
Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu mangsa-mangsa ribut, kebakaran, banjir dan bencana alam lain.
“Antara agensi kerajaan negeri yang menderma, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejumlah RM405,000, PMBK (RM100,000) dan lain-lain. Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta, pejabat tanah jajahan dan majlis daerah seluruh Kelantan di samping sumbangan individu.

TQTEROMPAH BESI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger