Label 10

Home » » KELANTAN !! NIK AZIZ TAK TAHU KE KES NI ?? REMAJA LARI NIKAH D SIAM SATU BUDAYA ?!!

KELANTAN !! NIK AZIZ TAK TAHU KE KES NI ?? REMAJA LARI NIKAH D SIAM SATU BUDAYA ?!!

Written By AAKJ on Monday, November 14, 2011 | 11:29 AM

KOTA BHARU: “Kalau nak nikah dengan anak saya, saya akan merestuinya tetapi bukan begini caranya,” kata Abdul Kadir Chik, 59, bapa kepada Nor Suhada, 22, yang menghilangkan diri pada 7 November lalu.

Menurut Abdul Kadir, anaknya yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar mini di Berek 12, dekat sini, gagal dikesan majikannya, pada jam 6 petang sebelum dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya itu.

Katanya, dia bersama isteri, Noraini Omar, 44, berusaha mencari anak kedua daripada 11 beradik itu di bilik asrama bersebelahan pasar mini berkenaan namun gagal sebelum menemui baju kerja anaknya di lantai.

“Saya berulang kali menghubungi anak saya, tetapi panggilan disambungkan ke khidmat pesanan suara.

“Selepas sejam menjejakinya, seorang anak saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang tidak dikenali berbunyi ‘Aku dk alik Siam (aku berada di sebelah Thailand), nikoh dah (sudah bernikah) ,... x yah wat repot gapow2 (tak perlu buat laporan polis) la, aku ok,” katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Senang, Kota lembal, dekat sini, semalam.

Menurut Abdul Kadir, selepas gagal mengesan anaknya dia membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini.

Katanya, dia buntu mengenangkan nasib menimpa anaknya terutama selepas menerima SMS menyatakan anaknya sudah berkahwin.

“Saya tidak tahu sama ada anak saya dilarikan individu tidak dikenali untuk berkahwin atau melarikan diri. Anak saya seorang yang lurus dan baik kerana jika hendak keluar rumah, dia tidak keluar seorang diri sebaliknya membawa adik atau kakaknya sebagai teman.

“Sebab itu saya risau dengan kehilangannya. Nak kata dia ada kekasih, tidak tahulah kerana sebelum ini dia ada beritahu adik-beradik dan ibunya mengenai seorang duda beranak dua dari Terengganu yang baru dikenalinya,” katanya yang bekerja kampung.

Abdul Kadir berkata, dia tidak menghalang anaknya berkawan dengan lelaki itu, tetapi perlu berterus terang dan kena dengan caranya.

“Sekarang, anak saya hilang. Pelbagai cara dilakukan untuk mengesannya, antaranya menggunakan khidmat bomoh kampung.

“Saya bertambah bimbang apabila bomoh itu memaklumkan anak saya dipukau sebelum dilarikan dan berusaha untuk keluar, tetapi tidak berani,” katanya.

Abdul Kadir meminta sesiapa yang mempunyai maklurnat mengenai anaknya supaya menghubunginya di talian 014-844 7451.

SH 10/11/2011
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger