"[admin] Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan derma / sumbangan kepada keluarga Pegawai Khas Dato Haji Husam Musa, Allahyarham Kamarulzaman Haji Abdullah yang meninggal dunia dalam kemalangan awal pagi tadi, boleh memasukkan sumbangan ke akauan DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN BIMB: 3018010033272. Sila hantarkan emel pengesahan ke alamat : ahmadfadhli80@gmail.com .. Doakanlah semoga beliau dirahmati oleh Allah SWT, semoga perjalanannya pulang dari Parlimen kerana menuntut hak rakyat Kelantan ditulis sebagai amalan kebajikan di sisi Allah SWT."
Pertamanya, tidak terlewat bagi saya untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman Abdullah yang kembali ke rahmatullah dalam kemalangan baru-baru ini. Alfatihah untuk ruhnya yang kini sedang berada di alam barzakh. Semoga Allah mengampuni segala dosa beliau.
Keduanya, saya agak musykil dengan gerakan mengutip derma buat keluarga Allahyarham memandangkan keluarganya bukanlah dari golongan mustadh'afin atau miskin tegar. Lagipun, saya percaya, Husam Musa ada membeli insuran untuk pegawai khasnya itu.
Tidak cukupkah wang insurans yang diterima dan apakah Husam tidak memberikan sumbangan peribadinya kepada keluarga mangsa?
Ketiganya dan paling utama, saya agak khuatir dengan modus operandi yang cuba dilakukan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang mengutip derma untuk keluarga mangsa dan diderma tersebut disalurkan melalui akaun sayap PAS tersebut.
Persoalannya, mengapa tidak disalurkan terus kepada akaun keluarga mangsa? Mengapa pula perlu derma itu dilakukan melalui "orang tengah"? Supaya derma tersebut turut "membawa nama Dewan Pemuda PAS Kelantan"? Atau Dewan Pemuda PAS Kelantan ada agenda tersembunyi melalui derma tersebut?
Pada saya, adalah lebih telus sekiranya derma tersebut disalurkan terus kepada ahli keluarga Allahyarham Kamarulzaman. Ia setidak-tidaknya mengelak dari sebarang keraguan sama ada wang tersebut sampai atau tidak kepada keluarga Allahyarham.
Selain itu, ia boleh mengelak dari bahana fitnah atau dakwaan yang memungkinkan Dewan Pemuda PAS Kelantan "songlap" duit yang didermakan kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman.
Sebelum ini, kisah songlap menyonglap wang kutipan derma bukanlah sesuatu yang asing untuk terjadi di dalam PAS. Sebagai contoh, Tabung Memali yang dikutip untuk para balu dan waris para penyokong PAS di Baling, Kedah. Wang tabung tersebut diseleweng sewenang-wenangnya oleh pihak ketiga dan waris kepada mereka yang terkorban tidak merasa langsung duit derman tersebut.
Meskipun salah seorang pemegang amanah Tabung Memali (seorang ahli PAS) itu pernah mempersoalkan kehilangan dana hasil kutipan derma itu melalui buku "Airmata Memali", beliau disekat dari berbuat demikian. Malah buku tersebut di"haram"kan oleh PAS manakala pengarangnya diugut untuk dipukul dan dibunuh!
Demikian juga apa yang terjadi pada syarikat kelolaan PAS, Kohilal, di mana penyelewengan yang hampir serupa modus operandinya terjadi sehingga menyebabkan syarikat tersebut "gulung tikar"!
Justeru itu, adalah sangat tidak wajar untuk Dewan Pemuda PAS Kelantan menggunakan modus operandi yang sama dan mengambil kesempatan terhadap wang derma untuk keluarga Allahyarham Kamarulzaman.
Lagipun, apa sangatlah yang dicari oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan melalui derma tersebut? Dewan Pemuda PAS Kelantan mahu harumkan namanya dan kononnya merekalah yang memberikan derma tersebut serta mahu namanya disanjung? Dewan Pemuda PAS Kelantan mahu dilihat sebagai prihatin dan pembela? Apalah yang ada pada nama...
Itu riak dan ujub namanya. Menurut amalan Islam sebenar, tangan kanan yang menderma, tangan kiri tak tahu pun. Tapi dalam kes ini, Dewan Pemuda PAS Kelantan seolah-olah ingin seluruh dunia tahu bahawa merekalah yang paling baik hati menderma dan mengumpulkan derma untuk keluarga Allahyarham.
Paling "hebat", pengumuman tersebut dilakukan di laman Facebook milik Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat. Tidakkah Dewan Pemuda PAS Kelantan rasa segan mempergunakan nama Nik Aziz untuk mengharumkan nama mereka? Apakah Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak punya kreadibiliti sendiri untuk berdiri di atasnya? Bak kata Chef Wan kepada anaknya Chef Riz, "SHAME ON YOU!".
Sumber: klik sini
Post a Comment