Serangan terhadap produk barangan KR1M oleh chauvanis ultra kiasu DAP dan juak juak haprak pakatan ternyata memberi promosi secara percuma kepada kedai runcit 1Malaysia.
Ternyata strategi untuk menyerang inisiatif kerajaan BN untuk mengekang monopoli peruncit yang selama ini menekan rakyat dengan harga barang yang tidak munasabah jelas meresahkan haprak pakatan.Ini kerana selama ini mereka beranggapan kempen "Barang Naik" begitu berjaya apabila memainkan sentimen perutism.
Kaedah menyalahkan kerajaan dengan setiap kali barang naik sebenarnya haprak pakatan dan juak juak peruncit yang jahat memberi keuntungan kepada mereka.Sokongan politik bertambah dan persekongkolan bersama peruncit dan pemborong yang tamak turuk memperolehi laba apabila mengunakan kesusahan rakyat sebagai sentimen anti kepada kerajaan.
Banyak artikel Pisau yang menekankan peri pentingnya rakyat untuk mengenal pasti siapakah dalang yang sebenar menekan rakyat apabila isu barang naik. Rakyat harus disedarkan betapa selama ini barang naik secara tidak munasabah adalah kerja jahat peruncit dan pemborong yang mengunakan kuasa ekonomi untuk menyerang kerajaan.
KR1M menjadi sasaran apabila berjaya memecah monopoli peruncit dan pemborong yang tamak.Apa masaalahnya jika inisiatif yang baik sebegini mampu meringankan beban rakyat.Apabila program sebegini diserang kita sudah dapat melihat apakah niat disebalik serangan DAP dan pakatan terhadap KR1M.
Baca siri melayu rasis:klik siniMydin Nafi Barangan 1Malaysia Tak Bermutu
Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, hari ini menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.
Pada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang ini, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.
Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.
Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.
Dakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah."Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua yang lulusan Oxford itu.
TQPisau
Post a Comment