Tourism Selangor telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pelancong (PPP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. PPP tersebut dikenali sebagai Selangor Information Centre (SIC) dan dijadikan pusat informasi pelancongan dengan menempatkan 2 pegawai bagi setiap shift.
Pusat tersebut dikendalikan dalam dua shift. Tempoh operasinya adalah dari jam 7.00 pagi sehinggalah 9.00 malam. Sehingga 1 Disember 2010, SIC tersebut dilengkapi dengan brosur dan maklumat mengenai pelancongan di Selangor.
Risalah yang disediakan dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Jepun dan Arab. Maklumat yang disediakan termasuk waktu pengangkutan KTM KOMUTER dan lokasi yang menarik untuk dilawati. Lokasi SIC adalah strategik kerana terletak di hadapan balai ketibaan.
Bagaimanapun TIADA BARANGAN atau produk negeri Selangor yang dijual di SIC KLIA. Kiosk yang sepatutnya menjual hasil produk dan kraftangan rakyat tempatan Selango yang boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti promosi pelancongan, LANGSUNG TIDAK ADA.
Bila teguran dibuat, Tourism Selangor pun mengadakan satu mesyuarat berdsama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) dan Malaysia Airport Berhad (MAB) pada 2 Februari 2011 untuk mendapatkan kebenaran menjual cenderahati di SIC. Pihak MAB telah bersetuju untuk membenarkan Tourism Selangor membuat pengubahsuaian ruang bagi tujuan tersebut.
Maka, satu perjanjian baru pun disediakan oleh pihak UPENS dan bagi menambahkan retorik, maka ditukarlah nama SIC menjadi Tourism Selangor.
Itu sajalah retorik yang mampu dibuat oleh Pakatan Selangor. Fikir mereka dengan menukarkan nama SIC menjadi Tourism Selangor, maka skandal penyelewengan tidak akan dikorek.
Jun 2004, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyerahkan pengurusan Menara Jam Besar yang terletak di Dataran Shah Alam kepada Tourism Selangor untuk dijadikan sebagai PPP. Semakan Audit mendapat kerja-kerja pengubahsuaian Menara Jam Besar untuk dijadikan PPP telah siap pada bulan Mac 2010 dengan kos RM120,000.
Bagaimanapun, sehingga bulan November 2010, PPP tersebut masih belum beroperasi sebagaimana yang ditetapkan. Sepanjang tempoh Mac sehingga Novmber 2010, PPP itu tidak digunakan disebabkan Tourism Selangor belum mengambil tindakan untuk mendapatkan bahan berkaitan pelancongan yang dibekalkan oleh pihak MBSA serta Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor.
Selain daripada itu, Tourism Selangor juga belum menyediakan justifikasi kewangan seperti bayaran gaji dan elaun lebih masa kerana ia akan melibatkan pertambahan kakitangan di PPP yang akan bertugas pada hujung minggu.
Mungkin kerana terdapat kewujudan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor yang tidak memperkatakan tentang bukan Melayu, maka Elizabeth Wong, Exco yang berkaitan pelancongan, tidak begitu menekankan sangat peranan Menara Jam Shah Alam sebagai PPP. Sebaliknya Menara Jam Besar Shah Alam hanya dijadikan sebagai Pusat Kraftangan Selangor hasil persetujuan UPENS dan Tourism Selangor.
Pusat kraftangan tersebut dirasmikan pada 2011.
Kerja-kerja pengubahsuaian yang menelan belanja RM120,000 untuk tujuan menjadikan Menara Jam Besar Shah Alam sebagai PPP, hangus begitu sahaja. Dan bajet baru perlu dikeluarkan untuk membuat pengubahsuaian semula apabila Menara Jam Besar Shah Alam itu ditukarkan menjadi Pusat Kraftangan Selangor.
Penyelewengan dan skandal kewangan yang bijak ditutup oleh kerajaan Pakatan Selangor, bukan setakat Menara Jam dan SIC. Ada banyak yang telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara dan tidak satu pun mampu dijawab oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Selangor. Dan yang paling menariknya, tiada juga pemimpin pembangkang Selangor yang mahu memperkatakannya!
Contoh terbaik ialah bagaimana penyelewengan billboard yang telah dibuat oleh Tourism Selangor.
Tourism Selangor telah diberi tanggungjawab merekabentuk dan memasang 3 unit visual billboard bertemakan Destinasi Pelancongan bernilai RM22,000 di Daerah Hulu Selangor. Dua visual billboard tersebut dipamerkan di pekan Kuala Kubu Bharu manakala satu visual billboard di laluan antara pekan RAsa ke Kuala Kubu Bharu.Satu visual billboard yang bertemakan Destinasi Pelancongan telah di pasang di Jalan Rasathurai, Kuala Kubu Bharu pada bulan April 2010. Bagaimanapun dua visual billboard yang dipasang di Mini Stadium, Kuala Kubu Bharu dan di laluan pekan Rasa ke Kuala Kubu Bharu bukannya berkaitan dengan pelancongan, sebaliknya mempromosikan Tabung Warisan Anak-Anak Selangor (TAWAS).
Maklum balas daripada Tourism Selangor menjelaskan bahawa visual billboard berkenaan adalah hak milik Majlis Daerah Hulu Selangor. Pemaparan visual billboard selain daripada visual billboard asal iaitu destinasi pelancongan adalah ATAS ARAHAN PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR!
TAWAS adalah retorik politik Pakatan di Selangor.
Program berkenaan hanyalah umpan yang sifatnya adalah ghaib dan halimunan. Sehingga setakat ini, perangkaan dan data rasmi penerima TAWAS, gagal dikemukakan oleh kerajaan negeri Selangor. Bajet besar daripada dana awam di Selangor telah digunakan untuk TAWAS bagi mendapatkan sokongan untuk Pakatan Rakyat.
Begitu juga dengan kempen air percuma 20 meter padu padahal bukan rahsia lagi, ianya tidak percuma sebagaimana yang dikempen-kempenkan oleh Pakatan Rakyat sebaliknya ia adalah ‘umpan’ untuk kenaikan bil bagi meter padu berikutnya.
Bukankah Kempen Air Percuma itu untuk promosi politik Pakatan Selangor? Bukankah kempen TAWAS yang merupakan salah satu daripada manifesto pilihanraya Pakatan, bertujuan untuk menunjukkan Pakatan lebih baik dari segi politik dan tidak ada kena-mengena langsung dengan pelancongan?
Bukankah itu menunjukkan penyelewengan besar Kerajaan Pakatan di Selangor?
tq selangordotcom
Post a Comment