Paparan gambar di atas bukan bertujuan untuk memaparkan gambar yang kurang sopan tetapi sebaliknya untuk pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui khunsa.
Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi bersama….
“….lelaki lembut atau diistilahkan sebagai lelaki yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi memiliki sifat-sifat atau naluri seperti seorang wanita."
Antara gelaran yang diberi pada golongan ini adalah pondan,bapuk atau mak nyah dan dalam bahasa cina mereka menggelarkannya sebagai Aqua..
Secara semulajadi/fitrah Allah swt mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Dalam bahasa Inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.
Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T. Dari sudut hukum syarak harus bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.
Dalam kes khunsa yang memilki dua jenis alat kelamin, jumhur ulama’ menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.
Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam.
Islam menetapkan saf perempuan paling belakang bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan. Dalam solat Imam yang paling hadapan paling bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.
Khunsa diletakkan di barisan ketiga melambangkan tanggujawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.
SUMBER: gunungmatcincang.blogspot.com
Post a Comment