Label 10

Home » » HENTIKAN SEGERA PROMOSI NYAH DAN GAY !! WALAUPUN DALAM IKLAN !!

HENTIKAN SEGERA PROMOSI NYAH DAN GAY !! WALAUPUN DALAM IKLAN !!

Written By AAKJ on Monday, November 7, 2011 | 10:28 PM




GAMBAR HIASAN


KUALA LUMPUR: Memang wujud sebuah gerakan terancang bermatlamat mengiktiraf pengamal seks songsang di negara ini walaupun sedar undang-undang tidak menyebelahi mereka.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, gerakan itu mungkin menjadi orang belakang penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 dalam usaha menjadikan golongan gay, lesbian dan mak nyah diterima masyarakat negara ini.

“Sehubungan itu, saya melihat pihak berkuasa bijak menangani isu ini, saya juga berharap pengeluar filem dan drama menghentikan penghasilan karya yang mengetengahkan lelaki lembut kerana ia seolah-olah mempromosikan gaya hidup sedemikian,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, langkah yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi beberapa siri Program Mukhayyam Bersama Mak Nyah banyak membantu golongan terbabit kembali ke pangkal jalan namun apabila wujud penganjuran program seks bebas ini, ia menjejaskan usaha pihak berkuasa itu.

“Saya juga terbabit secara langsung dalam program bersama Jakim itu dan sebahagian besar mak nyah yang menyertainya dapat kembali kepada kehidupan normal secara perlahan-lahan.

“Saya tegaskan kami tidak pernah benci mereka sebaliknya simpati dan mahu mendekati serta memahami mereka.

“Tetapi apabila ada pihak tertentu cuba pula untuk mengiktiraf gaya hidup mereka yang songsang, usaha dakwah dijalankan terjejas ketika kita menyedarkan kehidupan mereka jauh menyimpang,” katanya.

Hanafi berkata, berdepan dengan golongan mak nyah sebenarnya berkisar mengenai perasaan mereka seolah-olah diri seorang wanita terperangkap dalam badan lelaki.

“Jadi kita cuba secara perlahan-lahan berdakwah dan berusaha membantu mereka kembali kepada kehidupan lelaki normal,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini sekurang-kurang 70 mak nyah pulih secara berperingkat menjalani kehidupan lelaki normal hasil program mukhayyam.

HM 07/11/2011
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger