KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang dipercayai mahu melakukan hubungan seks luar tabii dalam tandas sebuah stesen transit aliran ringan (LRT) diberkas polis bantuan selepas perlakuan aneh mereka menarik perhatian orang awam, petang kelmarin.
Difahamkan, pasangan songsang berusia lingkungan 20-an itu sering menjadikan tandas berkenaan sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, tindakan kedua-dua lelaki terbabit disedari beberapa orang awam yang melihat mereka memasuki tandas orang kelainan upaya (OKU) yang terletak di dalam bangunan LRT berkenaan.
“Hairan melihat kelakuan pelik mereka yang rnasuk ke dalam tandas bersama-sama, orang awam mula mengesyaki pasangan itu adalah pasangan gay lalu segera bertindak memaklumkan perkara itu di kaunter polis bantuan.
“Anggota yang menerima maklumat itu kemudian segera ke dalam tandas itu, namun kedua-dua lelaki terbabit enggan membuka pintu,” katanya.
Sumber berkata, berikutan keengganan itu, anggota terbabit bertindak membuka pintu tandas berkenaan dalam tandas menggunakan kunci.
“Anggota terbabit terkejut sebaik mendapati kedua-dua lelaki berada dalam keadaan separuh bogel. Kedua-dua rnereka kemudian diarah memakai semula pakaian masing-masing dan keluar dari tandas itu,” katanya.
Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Ienayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
HM 04/11/2011
Post a Comment