Label 10

Home » » EXCO PAS KEDAH MENGAKU PROJEK IKAN KELI KERAJAAN NEGERI ADA TOYOL ??

EXCO PAS KEDAH MENGAKU PROJEK IKAN KELI KERAJAAN NEGERI ADA TOYOL ??

Written By AAKJ on Sunday, November 27, 2011 | 10:08 AM





Syabas kepada kerajaan Kedah kerana berjaya merugikan hampir RM400,000 dalam projek ternakan ikan Keli-K yang diusahakan di Sungai Pau, Sik.

Amiruddin a.k.a. Amiruddin-K 
Angka itu bukan UMNO yang kata, bukan BN yang reka, tapi disebut sendiri oleh EXCO Industri, Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Kata Amiruddin, projek itu dilaksanakan oleh Novel Ventures Sdn Bhd (NVSB) di tanah seluas kira-kira lima hektar secara usaha sama, iaitu Menteri Besar Diperbadankan yang memegang saham 51 peratus dan Dawi Corporation 49 peratus saham.


Projek itu bertujuan melaksanakan ternakan ikan keli secara komersial, termasuk untuk ditinkan bagi pasaran tempatan dan eksport, selain membantu penduduk miskin meningkatkan pendapatan melalui penternakan ikan keli secara kontrak.

“Apa yang dijanjikan NVSB tidak menjadi kenyataan dan sehingga tempoh 31 Disember 2010, projek itu mencatat kerugian sebanyak RM397,423 akibat kos operasi yang tinggi, termasuk kos makanan ikan dalam bentuk pellet selain sumber elektrik yang dijana melalui generator.

“Bagi mengelak kerugian lebih besar, kerajaan negeri menamatkan kontrak syarikat itu dan menyerahkannya kepada anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Kedah Agro yang kini mula menunjukkan tanda pemulihan.
Pemulihan lagu mana tu agaknya? Kalau ikut kata Amiruddin la ni dok ada kira-kira 150,000 ikan keli pelbagai peringkat di projek itu.

Tu dia, lebur RM400,000, hasilnya cuma 150,000 ekoq. Baguih sungguh cara depa berniaga.

Kalau ikut perancangan tu, kata Amiruddin lagi, jika dapat harga RM3.50 sekilo, ikan-ikan keli itu bolehlah dipasarkan secara segar. Kalau tidak, nak kena usaha cara lain termasuk mengetinkannya. Kilang pengetin di Sungai Petani pun dah siap. La depa dok try beberapa perasa.

Elok la tu. Jangan lepas ni timbui cerita duit lebur di kilang pengetin tu pulak. Yang tinggal cuma bumbung, dinding dan rangka kilang. Artikel ni Mc ambil dari blog Kedah Pior.

TQMcTheory
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger