‘Pacak’ hingga ke hospital
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my
RAMPAS...Mazlan menunjukkan pelbagai jenama kopi pacak yang dirampas.![]()
IPOH: Penggemar ‘kopi pacak’ atau dikenali kopi campuran pil perangsang tenaga batin yang didakwa pengeluarnya mampu memberikan tenaga tambahan ketika beraksi di ranjang dinasihatkan berhati-hati kerana produk berkenaan boleh mengancam nyawa berikutan kandungan kimianya membahayakan kesihatan sekiranya diambil berterusan.
Ini berikutan kes terbaru membabitkan seorang lelaki warga emas yang dikejarkan ke hospital di utara tanah air akibat sesak nafas selain mengalami serangan jantung selepas meminum kopi berkenaan, bulan lalu.
Warga emas berusia 60-an terbabit, bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas diberi rawatan kecemasan dan hospital mengesahkan ia berpunca daripada pengambilan kopi berkenaan.http://www.hmetro.com.my/articles/2011111901524520111119015245/Article
Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berikutan kemunculan semula produk minuman kopi maut yang dicampurkan kimia berbahaya atau racun berjadual.
Menurutnya, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memandang serius maklumat terbaru itu dan menghantar 10 sampel produk kopi campuran berlainan untuk dianalisis di makmal.
Akibat banyak sangat iklan ubat kuat, warga tua (orang pencen) yang merupakan pembaca terbesar Harakah termakan dengan promosi tersebut lalu mencubanya.
Tak percaya. Cuba lihat Harakah versi online.
Tranungkite yang merupakan portal PAS pun sama jugak.
*Kepada pembaca MyMassa yang ada ibubapa yang suka beli Harakah, tolong nasihatkan sikit. Takut jadi macam kes di atas. Pacak Hingga Ke Hospital.
Post a Comment