Sivarasa Rasiah yang ketika itu Naib Presiden PKR merupakan salah seorang ahli panel dalam program diskusi anjuran Seksualiti Merdeka itu.
Sivarasa yang juga bekas salah seorang peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa minoriti seksual berhak untuk mendapatkan kebebasan yang sama seperti orang laintetapi kebebasan mereka sering dinafikan di negara ini.
Edmund Bon yang juga merupakan bekas peguam bela kes liwat II pula menjadi tumpuan untuk merasmikan Seksualiti Merdeka 2010.
Pada tahun sama The Annexe Gallery menganugerahi ‘ANNEXE HEROES Freedom Of Expression Awards 2010‘ kepada Edmund bersama empat individu iaitu Dr Azmi Sharom, Fahmi Reza, Dr Farish Noor dan Shelah.
Pakatan Rakyat dan segala bala tentera mereka yang terdiri daripada NGO semakin menonjolkan isu kebebasan seksualiti apabila Anwar Ibrahim diheret ke muka pengadilan kerana melakukan perbuatan di luar tabii. Laungan tentang kebebasan berseksual dibuat untuk menghalalkan perbuatan liwat yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim. Penglibatan Anwar Ibrahim dalam meliberalkan dan meringankan pandangan terhadap perbuatan keji tersebut, amat ketara sungguhpun sehingga sekarang, Anwar belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Seksualiti Merdeka.
Selain Majlis Peguam dan SUARAM, turut sama terlibat dalam SEKSUALITI MERDEKA adalah EMPOWER, MARINA CHIN ABDULLAH, AMBIGA SREEVANASAN dan XAVIER JEYAKUMAR. Kesemua mereka ini merupakan tulang belakang Anwar Ibrahim. Mereka ini sangat aktif apabila Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan seksualiti. Inilah juga golongan yang menggunakan Pakatan Rakyat untuk memastikan seks bebas merupakan rukun di negara ini.
Anwar Ibrahim mungkin tidak kelihatan dalam Festival Seksualiti Merdeka, tetapi kita boleh meneka mengapa Festival tersebut diadakan pada penghujung perbicaraan liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya. Motif festival tersebut amat mudah difahami iaitu untuk menunjukkan perbicaraan liwat dan keputusan perbicaraan yang sekiranya tidak berpihak kepada Anwar, membuktikan Malaysia mendiskriminasi golongan songsang itu.
TQBADUT RAKYAT&SEL13
Post a Comment