Label 10

Home » » BANJIR KELANTAN !! MANA BANTUAN WEYY !! NIK AZIZ TIDOOR !!

BANJIR KELANTAN !! MANA BANTUAN WEYY !! NIK AZIZ TIDOOR !!

Written By AAKJ on Wednesday, November 23, 2011 | 12:44 PM



KOTA BHARU – Lebih 100 penduduk di taman perumahan Thirteen Avenue Garden di Kubang Kerian meminta Kerajaan Negeri menunaikan janji dengan menyediakan longkang secepat mungkin berikutan kawasan itu masih digenangi air setiap kali musim tengkujuh.

Kira-kira 30 unit rumah di kawasan perumahan itu akan dinaiki air setiap kali hujan lebat tidak sampai sehari dan walaupun Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) berjanji sebelum ini untuk mengatasi masalah itu tetapi sehingga kini ia masih tidak tertunai.

Seorang penduduk yang ditemui, Hasnah Abd Razak, 51, berkata, beliau sekeluarga resah setiap kali hujan kerana kawasan itu pasti akan digenangi air sehingga menyukarkan urusan seharian dan kenderaan terpaksa dipindahkan ke tempat selamat setiap malam. “Bagi mengelak barangan dalam rumah rosak penduduk terpaksa menempah pangkin kayu untuk meletakkan tilam, peti ais, almari dan sebagainya supaya tidak rosak apabila rumah dinaiki air.

“Masalah ini berlarutan sejak empat tahun lalu dan walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk melaporkan kepada pihak berwajib namun sehingga kini ia masih berlaku. Penduduk tidak dapat tidur lena setiap kali musim banjir kerana bimbang barang-barang tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Kebanyakan pemilik kediaman di perumahan itu sanggup membeli pangkin mencecah RM1,400 bagi meletakkan barangan berharga seperti peralatan elektrik kerana setiap kali hujan lebat air pasti akan memasuki rumah yang akan merosakkan barangan berkenaan jika tidak dipindahkan.

Sementara itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat ketika mengulas masalah itu berkata, pihaknya prihatin dengan situasi dialami penduduk terbabit setiap kali musim tengkujuh. “Pihak kami akan segera menghantar pegawai terbabit supaya parit atau longkang dapat disediakan secepat mungkin. Diharapkan penduduk bersabar dulu kerana ia akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.


Sumber: Sinar Harian 
Share this article :

+ comments + 1 comments

November 23, 2011 at 6:47 PM

Apalah makna, bila dah banjir baru nak hantar bantuan.. Mungkin hanya janji jer kot!!!Hedllo Melayu,,wake up lah...buat kerja. Itu lebih penting dari dok dengar ceramah politik..semata-mata...Biar rezeki tu halal....Patut pun DAP gumbira nak buang kakitangan sebab katanya tak effisien...dah terantuk baru tengadah...Kesian awe dan mek kelate...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger