Label 10

Home » » AIR JAMPI..AIR YAASIN..AIR DOA NIK AZIZ SUDAH MULA D JUAL ??

AIR JAMPI..AIR YAASIN..AIR DOA NIK AZIZ SUDAH MULA D JUAL ??

Written By AAKJ on Thursday, November 3, 2011 | 10:18 PM


Sudah bermula di Merlimau. Budaya air jampi, atau, air mineral tok guru. Tak der orang bercakap pun tentang apa pendapat sahih atau pendapat agama berkenaan air jampi. Fatwa fatwa besar dari ulama, bukan fulamak.

Yang banyak orang bercakap ada mengatakan apa salahnya mengunakan “the other method” of medicine asalkan di berkati Allah. Aku tak komen tang itu. Biarkan lah jikalau betul.

Aku punya asas untuk menyoal soalan itu simple sahaja. Air mineral itu air biasa. Tetapi ada gambar tok guru, Tokguru orang politik. Politik Islam. Jikalau topi ada gambar BN, itu gambar satu huruf, semua orang tahu BN. Sama juga lah, itu gambar tok guru, makna nya Islam, sedang berdoa dan Islam itu PAS.

Ini dia soalan aku ” minum air ingat kuasa tok guru beragama Islam seorang yang “duduk” diantara “manusia”dengan “Allah“. Itu “message” yang hendak diberitahu oleh PAS kepada manusia macam kita, “bodoh-bodoh agama”, dengan isu air tok guru ini. Tok Cha pun buat macam itu juga. Menjadi perantara diantara “orang bodoh” macam kita dengan “tuhan” mereka. Kaum India pun buat macam itu juga tetapi kita boleh nampak cara macam mana dia buat, iaitu dengan mengunakan seekor burung, bukan botol air mineral.

Sebenarnya, aku rasa PAS ingin mengatakan kepada kita “awak semua ini bodoh agama” kita mesti gunakan tok guru untuk menjadi orang perantaraan diantara “kita semua” dengan “Allah”. Mereka ini bukan ingin mengajar kita bagaimana hendak “berdialoq dengan tuhan”, tetapi sebaliknya, mengajar kita supaya “sembah pada dia“,hurmat kepada dia, rujuk kepada dia, atau seperti menjadi “raja manusia” kerana kita sebagai manusia biasa, berkehendakan “Allah” setiap hari dan masa, dan mereka manusia “kelas pertama” sebagai perantaraan kita dengan “tuhan” atau “Allah”. Kita tidak harus “mendewakan manusia“, atau mengangkat manusia menjadi raja perantara antara “Allah” dengan kita “manusia biasa“. Itu adalah satu kesalahan besar kerana menyembah manusia dan agama Islam dan bukan menyembah “Allah“. 

Adakah kita semua “bodoh agama”. Tidak.

Itu sebabnya di Kelantan, tidak ada apa-apa kerja yang kita nampak ada kuasa atau kerja tuhan disana, semua nya kerja manusia, “no miracles”. Adakah kejadian ini disebabkan kerana segala “doa, pemujaan kita dan permintaan kita” kepada Allah melalui mereka bagai ditongsampahkan atau belum disampaikan oleh mereka kepada Allah?. Atau, mereka juga ditolak “Allah”?

Kita boleh berdoa terus kepada Allah, tanpa tok guru. Bila ini berlaku, kuasa orang politik PAS dan logo tok guru tidak berguna lagi sebagai sebuah “message” yang akan mengagungkan PAS. Perkara logo tok guru ini sebenarnya PAS tidak mahu memberitahu kita sebab apa mereka lakukan selain daripada kegunaan spontan didalam mencari pengaruh politik, tetapi sebaliknya kita harus tahu bahawa sebab sebenarnya adalah kerana inilah cara mereka mencari makan, iaitu dengan menjual agama Islam kerana politik sempit. Ini satu kerja keji. Kerja haram. Dengan tekad dan niat itu, air berlogokan tok guru adalah satu minuman haram sama taraf dengan beer atau minuman alcohol lain.

Sama-sama kita renungi budaya air jampi tok guru ini apa disebalik PAS mengunakan logo tok guru. Adakah mereka menyuruh kita menyembah orang orang PAS, atau menyuruh kita menyembah “Islam” dan tidak menyembah “Allah” ?.

Sama sama kita fikirkan untuk kebaikan anak muda kita di alaf baru yang “komplikated dan mencabar” ini. Dan ada logiknya, perkara atau budaya seperti ini diberhentikan sekarang juga.


DARI RAKAN FB :
LOGO TOK GURU MENYERU MENYEMBAH " ISLAM" KERANA AGAMA AGUNG AKHIR ZAMAN, BUKAN MENYEMBAH "ALLAH" KERANA AGAMA ISLAM ? BUDAYA PALING BAHAYA AKHIR ZAMAN : (GAMBAR "MERPATI TROPPERS" DI MERLIMAU)
http://eekaa.wordpress.com/tag/merlimau/
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger