Label 10

Home » » XKLUSIF !! TPM SEKEH BEKAS TPM YG D PECAT KERANA NAFSU BUAS !!

XKLUSIF !! TPM SEKEH BEKAS TPM YG D PECAT KERANA NAFSU BUAS !!

Written By AAKJ on Sunday, October 30, 2011 | 1:21 PM


Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai pemimpin yang pernah menerajui agensi serta kementerian ketika berada dalam kerajaan, Anwar sepatutnya mengetahui matlamat laporan tersebut dibuat.

Malah katanya, laporan itu bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

''Laporan mencakupi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri, tidak terkecuali negeri di bawah pembangkang kerana ada juga perkara-perkara yang mereka perlu jawab.

''Saya tidak fikir Ketua Pembangkang yang pernah berada dalam kerajaan dan menerajui kementerian tidak tahu perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program School Times di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuloh, Lekir di sini, hari ini.

Muhyddin diminta mengulas kenyataan Anwar dalam laporan portal Malaysiakini.comsemalam yang memetik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai berkata, perkara yang didedahkan dalam laporan tersebut membuktikan kegagalan program transformasi kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memahami bahawa laporan tersebut amat penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan setiap masalah atau kelemahan yang timbul di peringkat pelaksanaan belanjawan negara dapat diatasi dari semasa ke semasa.

''Kerajaan faham laporan audit ini penting kerana kita mahu supaya prinsip-prinsip seperti ketelusan dan akauntabiliti dijadikan sebagai asas paling penting dalam kita menguruskan belanjawan negara," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak yang berkenaan mengambil serius segala teguran yang terkandung dalam laporan tersebut dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya terdapat bukti berlaku elemen penyalahgunaan kuasa dalam perkara yang dibangkitkan melalui laporan itu, tindakan disiplin juga boleh diambil.

''Tetapi yang penting bagaimana teguran itu dijadikan panduan untuk tentukan supaya belanjawan negara melalui kementerian atau agensi terbabit dimanfaatkan sebaik mungkin untuk rakyat jelata," ujarnya. sumber SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger