Label 10

Home » » TONTON ZINA BERKUMPULAN !! KUMPULAN PELAJAR 13 TAHUN D CEKUP !! perghhH !!

TONTON ZINA BERKUMPULAN !! KUMPULAN PELAJAR 13 TAHUN D CEKUP !! perghhH !!

Written By AAKJ on Saturday, October 15, 2011 | 5:00 PM

GAMBAR HIASAN

KANGAR - Ketika rakan-rakan lain menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), empat pelajar pula menghabiskan masa menonton video cakera padat (VCD) lucah di Pangsapuri Sena, Kampung Bakau di sini semalam.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila mereka ditahan polis bersama dua lagi remaja yang sudah berhenti sekolah dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi.

Ketika serbuan, kesemua remaja itu sedang asyik menonton aksi panas dan polis turut menemui 60 keping VCD lucah di dalam rumah itu yang menjadi tontonan remaja tersebut.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, mereka yang ditahan berusia di antara 13 hingga 16 tahun.

"Rumah yang diserbu itu merupakan milik keluarga salah seorang remaja tersebut dan mereka melakukan kegiatan menonton video lucah selepas ibu bapanya keluar bekerja.

"Polis bertindak melakukan serbuan setelah mendapat maklumat daripada orang ramai," katanya pada sidang media akhbar di sini semalam.

Menurut Abdul Rahman, kesemua remaja yang diberkas itu berasal dari Simpang Empat dan Kangar.

"Mereka kemudian telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan ibu bapa serta penjaga masing-masing akan dimaklumkan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan," ujarnya.

Selain itu, tambahnya, bahan VCD lucah tersebut dirampas dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.
 
KOSMO
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger