MIRI: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini kelmarin tampil membuat laporan polis, mendakwa diri- nya telah diliwat beberapa kali oleh seorang lelaki, dipercayai guru.
Ketua Polis Miri, ACP Jamaluddin Ibrahim ketika dihubungi semalam mengesah-kan ada menerima satu laporan polis mengenai perkara tersebut di Balai Polis Pusat Miri.
“Ya, kita memang ada me-nerima satu laporan polis dibuat mengenai dakwaan mangsa pada petang Jumaat,” jelas Jamaluddin.
Menurut Jamaluddin, mangsa mendakwa telah beberapa kali diliwat oleh suspek di rumahnya (rumah suspek).
Jamaluddin berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan tersebut.
“Buat masa sekarang, kita belum lagi melakukan sebarang tangkapan terhadap suspek kerana kita hendak melaku- kan siasatan secara terperinci,” katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seskyen 377 Kanun Ke-seksaan.
Menurut sumber, mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut.
TheBorneoPost
Post a Comment