Label 10

Home » » TAKTIK LAMA !! ANWAR CEPAT2 BENTANG BAJET 2012 DGN HARAPAN ORANG KATA BN COPY BAJET DIA..tuiHHH !!

TAKTIK LAMA !! ANWAR CEPAT2 BENTANG BAJET 2012 DGN HARAPAN ORANG KATA BN COPY BAJET DIA..tuiHHH !!

Written By AAKJ on Tuesday, October 11, 2011 | 9:57 AM

Screenshot di bawah ialah rencana kelmarin dalam The Malaysian Insider (TMI, portal yang Senator Ezam Mohd Noor pernah ugut hendak “bakar”).


TMI melaporkan dalam perenggan pertama:
“KUALA LUMPUR, Oct 7 — Datuk Seri Anwar Ibrahim accused the government today of copying the alternative budget proposed by his Pakatan Rakyat on Tuesday and making unrealistic projections for the next year in what is “clearly an election ploy.”
Hendak dakwa belanjawan 2012 itu tiru Pakatan, ingat dua malam boleh siapkah?
(“Ia sudah tentu mengambil masa yang lama beberapa bulan dan memerlukan pandangan-pandangan dari banyak pihak termasuk pakar dalam Majlis Ekonomi Negara dan Bank Negara.” Hat tip / terima kasih kepada blog Generasi Pejuang Bangsa)

Langsung tidak masuk akal bahawa belanjawan bayangan Pakatan yang baru dibentangkan pada hari Selasa boleh dengan tiba-tiba di”copycatted” dan dimasukkan ke dalam belanjawan yang diumumkan perdana menteri pada hari Jumaat.

Kerajaan semua tidak betul
Screenshot di bawah pula ialah muka depan Malaysiakini (satu lagi portal yang membuatkan Ezam menjadi begitu geram sekali sehingga dia mengugut hendak membakarnya juga).


Pada hemat Anwar Ibrahim, sesebuah belanjawan boleh diciplak dalam jangkamasa dua hari. Manakala orang yang diminta beri pandangan oleh Malaysiakini berjaya mengkaji belanjawan dalam lingkungan dua jam – hebat betul (macam Papa).
Tajuk-tajuk berita Malaysiakini (senarai di bawah) semuanya memberikan spin negatif kepada sambutan belanjawan.
  • Budget 2012 unrealistic, says Anwar
  • Najib peppers budget speech with potshots
  • Groups disappointed with lacklustre budget
  • Najib failed to live up to expectations, says MP
  • Gov’t economic adviser queries civil service pay hike
  • Pakatan: One-off handouts not enough to help poor
Yang membidas langkah “one-off handouts” sebagai tidak memadai untuk membantu golongan miskin, tidak lain dan tidak bukan Lim Guan Eng. Inilah kuali mengatakan cerek hitam memandangkan Pulau Pinang yang membuat keputusan untuk menghulurkan angpow RM100 kepada warga emas dan anak baru lahir.
Sebuah lagi tajuk berita MalaysiakiniGov’t hands out goodies, polls in view’ menggambarkan bahawa gula-gula ditabur kerajaan kerana pilihanraya umum menjelang.
Sekiranya berita tentang usaha Najib Razak dan kerajaan lazimnya diburuk serongkan oleh portal berita pro-pembangkang, lain pula liputan mereka tentang Anwar.



Hanya Anwar betul segalanyaBeberapa bulan lepas, ketika video seks lelaki yang ada iras Anwar mula-mula dibongkarkan, Malaysiakini ligat menjalankan damage control.
Tajuk-tajuk berita (disenaraikan di bawah) telah disiarkan oleh Malaysiakini pada April 7.
  • Media told to apologise to Anwar for sex video reports
  • Sex tape: Game over for Datuk Trio
  • ‘Wan Azizah not qualified to identify sex video actor’
  • Who’s qualified to identify Anwar if not Azizah?
  • Charge trio to prove gov’t not involved
  • IGP, what’s there to investigate?
  • No sex video setback for Pakatan in S’wak
  • Land issues overshadow sex video
  • Malice in Blunderland (Kolum)
  • RCI not meant to be used for political vendatta (Surat kepada pengarang)
Begitu banyak rencana dirangka – 10 jumlahnya dalam tempoh sehari singkat! – untuk cuba membersihkan imej Anwar. Maklumlah insan yang ditabalkan sebagai ‘Anugerah Tuhan’ mestinya kebal, bukan?
Helen Ang
Malaysiakini dibiayai NED, NGO Amerika tetapi buat semua operasi menyelamatkan Anwar. Seumpama Anwar yang bayar mereka. Penyokong-penyokong Anwar tak rasa pelik ke?
Cuba tonton video di bawah :





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger