Label 10

Home » » SELANGOR !!! TERKINI..KEDAI JUAL DAN MINUM ARAK SECARA TERBUKA D FLAT KEDIAMAN ??

SELANGOR !!! TERKINI..KEDAI JUAL DAN MINUM ARAK SECARA TERBUKA D FLAT KEDIAMAN ??

Written By AAKJ on Wednesday, October 12, 2011 | 11:23 AM




Baru-baru ini Keris ada melawat rakan lama di Klang dengan niat untuk berjalan-jalan disana. Sewaktu kami duduk minum di sebuah kedia makan, kami didatangi oleh seorang kenalan. Beliau mengadu kepada kami mengenai isu kedai arak yang semakin berleluasa dibuka di kawasan Klang. Ironinya, semua kedai arak yang dikenalpasti dibuka adalah selepas tahun 2008 iaitu setelah wakil rakyat DAP Charles Santiago menang di P.110 Klang.

Untuk mendapatkan kesahihan cerita, maka Keris dan rakan cuba mendapatkan bukti sahih dengan bantuan beberapa kenalan dan hasilnya kami berjaya menemui empat kedai yang menjual arak dengan bebas sekaligus berjaya membongkar akitiviti kurang sihat ini yang mampu mengancam masyarakat di kawasan Klang.

Kedai Pertama
Lokasi : Solok Pendamar Indah 1 , Taman Pendamar Indah , Pelabohan Klang
Waktu Operasi : 10:00 am ~ 03:00 am
Mula beroperasi : kurang daripada satu tahun




Pemerhatian :


Menurut penduduk disitu, kebanyakannya pelanggan Cina yang berkunjung ke kedai ini. Seperti yang dipaparkan (gambar pertama) kedai ini juga beroperasi dengan meletakkan meja dan kerusi diluar premis sehingga menghalang trafik di jalan tersebut. Keris hairan bagaimana Kedai Arak ini diberi lesen sedangkan premis dibuka berdekatan dengan kawasan perumahan serta dekat dengan Surau yang terletak 400m dari situ. Mengikut seorang penduduk disitu, apa yang membimbangkan mereka adalah keselamatan keluarga dan masyarakat setempat kerana pelanggan yang mengunjung ke premis itu sering bergaduh dan membuat kacau bilau sehingga mengganggu ketenteraman penduduk disitu.
Kedai Kedua
Lokasi Jalan Pendamar Indah 7
Waktu Operasi : 12:00 pm ~ 03:00 am
Mula beroperasi : tidak dapat dipastikan







Pemerhatian :

Kedai arak ini berselindung dengan nama "Siber Cafe". Terletak berhampiran dengan kawasan perumahan serta 400m tidak jauh daripada Surau. Keris difahamkan mereka yang mabuk ini sering menganggu penduduk yang lalu lalang, menjerit kepada penduduk dengan kata-kata kesat, bergaduh sesama sendiri serta melakukan vandalisma di sekitar kawasan kedai itu. Dikhuatiri keselamatan penduduk disitu terjejas.

Kedai Ketiga
Lokasi : Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana
Waktu Operasi : 24 Jam
Mula beroperasi : Di awal tahun 2008



Pemerhatian :

Premis ini sedikit unik kerana ia berada di kawasan yang sibuk serta berhampiran dengan kawasan perumahan dan bersebelahan dengan Klinik Haiwan yang menghadap jalan utama. Apa yang menarik adalah modus operandi mereka iaitu, tidak mempunyai apa-apa papan tanda di hadapan premis dan tidak beroperasi menggunakan pintu hadapan tetapi menggunakan tingkap cermin kecil di pintu belakang kedai untuk sebarang urusan. Pelanggan perlu menekan loceng untuk membuat pembelian dan ianya diawasi dengan CCTV bagi mengelakkan serbuan pihak berkuasa. Premis ini juga berdekatan dengan kawasan sekolah. Keris bimbang juga sekiranya ada pelajar sekolah yang membeli arak di situ.

Nota : Memandang dari segi aspek keselamatan, hanya berjaya mengambil satu gambar sahaja.


Kedai Keempat
Lokasi : Pangsapuri Bukit Tinggi 1, Taman Bukit Tinggi, Klang
Waktu Operasi : 12:00 pm ~ 03:00 am
Mula beroperasi : kurang daripada dua tahun




Pemerhatian :

Premis ini berada di bawah pangsapuri dan didapati tidak mempunyai papan tanda nama kedai.Risau juga akan keselamatan penduduk pangsapuri lagi-lagi mereka yang pulang lewat malam kerana kebanyakan pelanggan premis tersebut terdiri daripada warga asing. Ia juga berdekatan dengan kawasan sekolah.


Timbul beberapa persoalan mengenai masalah ini. Apakah kebebasan penjualan arak ini ada kaitan dengan Charles Santiago? atau konspirasi Ronnie Liu?. 

Keris berkeras mahu Ketua Urusan Ulama' PAS Bahagian Klang, Ustaz Mohd Rashid Bin Mohd Salleh untuk memberi penjelasan. Apakah jumud-jumud PAS tidak tahu mengenai penjualan arak yang berleluasa di Klang? Atau mereka hanya tutup mata janji dapat kuasa? Kemana perginya orang-orang yang bising-bising pasal kilang arak di Shah Alam? PBT tak siasat ke? Jawab jangan tak jawab!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris kecewa kerana dahulu ketika BN memerintah Selangor..jarang berlaku perkara sebegini..sekarang rakyat dah tahu siapa sebenarnya 'perompak rakyat'..Tolak PR!!!
SUMBER KERIS 7LOK
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger