DAMANSARA DAMAI: Seramai tujuh pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat yang digerakkan ahli jawatankuasa Masjid Al-Muhtadeen, Biro Keselamatan Apartmen Idaman dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 awal pagi semalam.
Kesemua pasangan berusia 18 hingga 35 tahun termasuk dua penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan seorang penjawat awam ditahan ketika bermalam di sebuah hotel bajet yang beroperasi di kawasan tersebut.
Meskipun kesemua yang ditahan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri, namun mereka tidak terlepas dari dikenakan tindakan termasuk perlu mengikuti sesi bimbingan dan kaunseling di masjid.
Antara alasan yang diberikan oleh pasangan ini termasuklah mahu temnakan kawan, berbincang hal peribadi, malah dua pasangan berasal dari pantai timur dan utara masing-masing mengaku sudah bertunang dan akan mendirikan rumah tangga November ini.

Ketua Biro Keselamatan masjid, Azizol Adam berkata, operasi selama tiga jam itu berjaya dengan kerjasama dan pemantauan yang dibuat oleh masjid sejak sekian lama.
"Kami kesal kerana pengusaha hotel bajet di situ bersubahat menyewakan bilik kepada pasangan Islam bukan muhrim dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak," katanya.
Perkara itu terbukti ketika serbuan dilakukan, penjaga kaunter hotel pada awalnya memberitahu bahawa tiada pelanggan yang menyewa bilik, namun selepas pemeriksaan terperinci dibuat didapati kesemua bilik terbabit berpenghuni.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 30 tahun lari lintang pukang dan meninggalkan kekasih gelapnya seorang warga Indonesia berusia 22 tahun, selepas mendapat tahu hotel yang didiami diserbu.
Difahamkan, lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu sering menjadikan hotel bajet di situ sebagai tempat melepaskan rindu bersama kekasihnya, seorang tukang cuci di sebuah syarikat di SS2.
SINAR SELANGOR

Post a Comment