SERDANG - Seorang pembantu taska dirogol dan diperdaya oleh seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya di Taman Equin, sejak dua minggu lalu.
Mangsa dipercayai menerima ajakan teman lelakinya itu untuk tinggal bersama bagi mengurangkan kos bulanan mereka.
Difahamkan, teman lelakinya yang berusia 35 tahun itu mendakwa bekerja sebagai anggota polis dan sudah hampir dua minggu tinggal bersama.
Sumber berkata, mangsa yang berusia 22 tahun mengenali lelaki itu sebulan lalu dan dikatakan dirogol beberapa kali secara paksaan sepanjang tinggal bersama.
Menurutnya, walaupun dirogol secara paksa, mangsa dipujuk supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarga dan membuat laporan polis kerana mendakwa akan bertanggungjawab serta berjanji untuk berkahwin.
“Terpedaya dengan pekerjaan lelaki itu serta janji manis ditabur, mangsa menyerahkan tubuhnya serta menganggap lelaki itu sebagai teman lelaki.
“Penipuan lelaki itu terbongkar kelmarin selepas seorang wanita yang menjadi mangsa lelaki itu menceritakan segala-galanya.
“Mangsa hanya menyedari status sebenar lelaki itu selepas didatangi wanita berusia 20-an ke rumah mereka dan memperkenalkan diri sebagai bakal isteri, lelaki yang juga warga Indonesia itu hanya bekerja buruh binaan," katanya.
Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, petang kelmarin.
Bagaimanapun, lelaki itu menghilangkan diri selepas menyedari perbuatannya diketahui mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.
UM 27/10/2011
+ comments + 3 comments
bodoh sampai senang kena tipu
Pompuan memang bodoh brader.. kahkahkah!! Selalu memperbodohkan Lelaki sgt!! sekarang Padan Muke Ko Pompuan Lahanat!!!!
Jangan ckp cam tu, hari ni hari dia esok2 sapa pun tak tau, takut kita pulak yg diperbodohkan.
Post a Comment