hiase
KAJANG - Seorang pelajar 'liar' mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelaki di dalam semak dekat rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn di sini.
Rahsia pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa berasa curiga terhadap tingkah laku anaknya yang kerap tidak pulang ke rumah dengan alasan ulang kaji pelajaran di rumah kawan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, teman lelaki mangsa baru berusia 17 tahun yang dikenalinya sejak sembilan bulan lalu.
"Remaja terbabit sering pulang malam dan menyebabkan bapanya sangsi. Bapanya itu telah memberitahu abng remaja itu yang kemudian telah menyoalnya.
"setelah disoal, remaja itu mengaku sentiasa bersosial dan paling mengejutkan, dia mengaku telah dirogol oleh remaja lelaki itu di kawasan semak di hadapan rumahnya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kajang semalam.
Mengulas lanjut Ab. Rashid berkata, polis telah mengenal pasti suspek dan akan membuat penahanan bila-bila masa.
"Polis telah menyerbu suspek tetapi belum dapat menahannya lagi kerana dia sedang dirawat di hospital. Suspek patah tangan kerana satu kemalangan tetapi polis akan tetap menahannya sejurus dia stabil," ujar Ab. Rashid.
KOSMO

Post a Comment