SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.
Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.
Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.
"Polis akan berkerjasama dengan Suruhanjaya dan Multimedia Komunikasi (SKMM) berikutan sindiket itu turut mewujudkan blod," katanya.
Sementara itu, siasatan Harian metro mendapati aktiviti itu bermula jam 1 tengah hari dan berakhir jam 3 pagi setiap hari dengan lapan pusat operasi utama dibuka iaitu di Subang Jaya, Genting Highlands, ipoh, Kepong, Kuantan, Puchong, Serdang dan Sri Damansara.
Penyamaran di sebuah hotel di Subang Jaya di sini mendapati sindiket berkenaan menawarkan wanita cantik dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina berusia 19 hingga 24 tahun.
Taktik digunakan sindiket terbabit cukup mudah iaitu semua aktiviti dijalankan di tingkat lapan hotel berkenaan bagi mengaburi mata orang ramai.
Pelanggan tidak perlu berurusan dengan orang tengah, tetapi hanya perlu SMS untuk mengetahui bilik mereka, selain pembayaran diserahkan kepada wanita yang didampingi.
Harga ditawarkan lebih murah iaitu RM168 bagi 45 minit perkhidmatan selain disediakan buah anggur sebagai makanan 'pemikat' berbanding harga pasaran semasa iaitu RM268 bagi perkhidmatan disediakan sindiket lain.
Difahamkan, strategi terbaru digunakan sindiket terbabit bermula sejak beberapa bulan lalu.
Seorang wanita dari China yang dikenali sebagai Annie, 23, mendakwa, bekerja di Kelab Wanita Cantik sejak lebih dua bulan dan memperoleh komisen RM90 bagi seorang pelanggan dilayan.
Katanya, biarpun hanya kerjaya sambilan, pendapatan diperolehnya setiap malam mampu menampung pengajian Ijazah Bahasa Inggerisnya di sbuah universiti swasta di Subang.
"Kami hanya beroperasi di tingkat lapan hotel ini, sekurang-kurangnya 30 bilik disediakan jika pelanggan mahukan perkhidmatan. Semua yang berkhidmat adalah wanita cantik yang mampu membuatkan anda bahagia," katanya.
hmetro
Post a Comment