Label 10

Home » » SELANGOR !! KEKASIH GUNA FACEBOOK PALSU UTK BOGELKAN PASANGANNYA !!

SELANGOR !! KEKASIH GUNA FACEBOOK PALSU UTK BOGELKAN PASANGANNYA !!

Written By AAKJ on Sunday, October 23, 2011 | 9:00 PM

SUBANG JAYA: Akibat tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak, seorang pakar teknologi maklumat (IT) sanggup memasang niat mahu memusnahkan kerjaya dan keluarga pramugari yang digilainya sejak zaman persekolahan dulu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bukan sekadar menggodam dan mengubah suai laman sosial milik mangsa, malah turut memasang perangkap bagi memastikan pramugari berkenaan ditangkap khalwat dengan tunang yang kini suaminya.

Perbuatan lelaki itu yang sanggup melakukan apa saja bagi memastikan niat jahatnya tercapai, membuatkan wanita terbabit trauma dan ketakutan sejak 10 bulan lalu sehingga terpaksa menumpang di kediaman kakak di sini setiap kali bercuti.

Menceritakan kembali apa yang berlaku, pramugari itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Aisyah, 35, berkata dia mengenali bekas teman lelakinya sejak zaman persekolahan sebelum mereka bertemu semula kira-kira dua tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius.

“Namun, hubungan itu putus kerana saya tidak tahan dengan sikapnya yang cemburu buta dan panas baran, sehinggakan anak saya yang berusia lapan tahun hasil perkahwinan terdahulu ditampar disebabkan saya menumpukan perhatian terhadap anak setiap kali saya bercuti.

“Saya kemudiannya berkenalan dengan seorang pegawai kanan kerajaan ketika berada di luar negara dan kami mengambil keputusan berkahwin, Julai lalu.

"Bermula dari situ, bekas teman lelaki saya tidak dapat menerima kenyataan dan melakukan pelbagai perbuatan untuk mengaibkan saya,” katanya yang ditemui semalam.

TERANIAYA... Siti Aisyah menunjukkan salinan laporan polis
serta salinan artikel blog yang memfitnahnya.

Respon: Boleh Diambil Tindakan

KUALA LUMPUR: Sebarang pencerobohan ruang peribadi boleh dianggap perbuatan jenayah serta boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata Siti Aisyah boleh mengambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan bagi menghalang lelaki terbabit terus mengganggu hidupnya.

“Dalam hal ini, berlaku elemen kacau ganggu yang boleh diambil tindakan mengikut undang-undang dan pihak berkuasa wajar mengambil tindakan kerana terdapat unsur ugutan serta fitnah yang, jika berterusan, boleh mendatangkan kemudaratan,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang, apatah lagi menggunakan kemahiran untuk menggodam akaun laman sosial bagi menyebarkan fitnah dan perbuatan khianat, jelas satu kesalahan.

“Saya menasihatkan mangsa mengambil tindakan undang-undang bagi menyekat lelaki itu daripada terus mengganggu kehidupan keluarganya.

“Berdasarkan siri gangguan yang dilakukan itu, niat jahat lelaki itu mungkin boleh melampaui batas, jadi saya berpendapat, tindakan segera menerusi lunas undang-undang perlu diambil,” katanya.

Berita Penuh @Metro Ahad.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger