Label 10

Home » » SELANGOR !!! DUIT JKR RM55 JUTA LESAP ATAU D LESAPKAN ??

SELANGOR !!! DUIT JKR RM55 JUTA LESAP ATAU D LESAPKAN ??

Written By AAKJ on Wednesday, October 12, 2011 | 3:09 PM


 

 


Sebagai menjawap isu perbelanjaan yang dimainkan oleh pembangkang, kita jangan terlepas pandang adakah kerajaan Pakatan Rakyat begitu pandai menggunakan peruntukan yang sedia ada. Penasihat Ekonomi Selangor mengatakan bahawa kerajaan Selangor adalah kerajaan yang terbaik. Mungkin berkat nasihat seorang Penasihat bernilai RM1.

Adakah kita sedar bahawa Kerajaan Selangor telah menggunakan peruntukan bernilai RM55 juta yang diberikan kerajaan Barisan Nasional supaya dibelanjakan untuk penyelenggaran jalanraya?

Di Kedah sebanyak 100 juta wang peruntukan untuk kesenangan rakyat Kedah yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional lesap.  Mungkinkah ini sebabnya Ostat Zizan masuk hospital tempohari? Mungkin ya mungkin tidak.

Di Selangor, orang Selangor sedia maklum jalan di Selangor dah macam jalan di negara yang mundur. Jalan tidak dijaga sebaiknya dan risiko kemalangan semakin tinggi kalau memandu di negeri Selangor. Rajin-rajinlah memandu menggunakan jalan bandaran bukan jalan persekutuan dan kita akan dapat merasakan perbezaan yang ketara. Jalan Bandaran diselenggara oleh kerajaan Khalid Ibrahim dan Jalan Persekutuan di selenggara oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin ada yang bertanya kenapa Jalan Bandaran berbeza dengan Jalan Persekutuan. Jawapannya adalah sebanyak RM 55, 616,331.71 tidak dibelanjakan untuk menyelenggara jalan di  Selangor. Duit tersebut telah dimasukkan ke dalam satu akaun yang dinamakan Akaun Amanah. Peruntukan penyelenggaraan jalanraya yang diberikan oleh kerajaan pusat yang dipanggil MARRIS adalah sebanyak RM 315,627,131.00 hanya untuk tahun 2009. Kerajaan negeri hanya membelanjakan sebanyak RM 260,010,799.29 iaitu RM182,110,799.29 untuk JKR, 900,000.00 untuk JPS dan RM76 Juta untuk PBT.
Pada  18/3/2010 Menteri JKR Kerajaan BN mendedahkan bahawa kerajaan Selangor dan Kedah dikesan menyalahgunakan peruntukan MARRIS.


Ini adalah bukti bahawa duit RM 55 Juta tidak digunakan sepenuhnya untuk kerajaan Khalid Ibrahim dan disimpan ke dalam Akaun Amanah yang boleh diragui kegunaannya. Siapakah yang memantau Akaun Amanah tersebut?

Khalid Ibrahim mengganggarkan bahawa peruntukan MARRIS pada 2010 daripada kerajaan BN untuk kesenangan rakyat Selangor adalah sebanyak RM 250 juta dan beliau bercadang untuk membelanjakan sebanyak RM 37, 546,035.48 hanya untuk Jalan Luar Bandar iaitu RM6,847,477.34 untuk Jalan Kampung dan RM30,698,558.14 untuk Jalan Pertanian. Ini bermakna kerajaan Khalid Ibrahim mempunyai baki sebanyak 212, 453,964.52 lagi untuk penyelenggaran jalan-jalan lain. Agaknya berapa yang dimasukkan kedalam Akaun Amanah untuk peruntukan tahun 2010.

Persoalan yang perlu kita fikirkan adalah.

1- Apa rasionalnya Akaun Amanah itu ditubuhkan walhal peruntukan tersebut wajib dihabiskan demi keselesaan rakyat Selangor memandangkan peruntukan baru akan diterima pada tahun berikutnya.
2- Kemana perginya duit berjumlah RM 55 Juta itu digunakan. Adakah ianya digunakan untuk kegunaan parti?
3- Siapa yang mengawal aliran keluar masuk duit sebanyak RM55 juta tersebut?
4- Adakah rakyat Selangor berpuas hati dengan keadaan jalanraya di Selangor sekarang?
5- Adakah ini yang dikatakan kerajaan terbaik oleh Penasihat Ekonomi?
TQKITAGEMPUR
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger