Label 10

Home » » SELANGOR !!! BANGLA CABUL GADIS D TANDAS !! tuiiiHHH !!

SELANGOR !!! BANGLA CABUL GADIS D TANDAS !! tuiiiHHH !!

Written By AAKJ on Friday, October 21, 2011 | 2:17 AM

GAMBAR HIASAN

GOMBAK: Akibat gagal mengawal nafsu kerana tertarik dengan bentuk badan dan keayuan seorang gadis, seorang pekerja warga Bangladesh sanggup mencerobog tandas wanita sebelum bertindak mencabul seorang gadis, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, gadis terbabit yang berusia 19 tahun, yang juga pekerja kilang di Sungai Dua, Rawang di sini, masuk ke dalam tandas wanita di tempat kerjanya berseorangan.

Menurut sumber, bagaimanapun selang beberapa minit, tiba-tiba seorang lelaki Bangladesh berusia 20-an turut masuk ke dalam tandas berkenaan menyebabkan mangsa terkejut dan memintanya keluar.

"Namun suspek enggan dan memberitahu sudah lama bekerja di kilang itu dan mangsa tidak boleh mengarahkannya keluar sesuka hati.

"Sikap angkuh suspek yang tidak mahu beredar menyebabkan mangsa membiarkannya dan terus membasuh tangan di sinki," katanya.

Sumber berkata, sangkaan mangsa, lelaki terbabit tidak mengganggunya ternyata meleset apabila suspek mula memuji kecantikan wajahnya.

"Berang pujiannya tidak dilayan, suspek kemudian bertindak lebih berani menarik tangan sebelum terus meramas buah dada mangsa," katanya.

Sumber itu berkata, terkejut dengan tindakan suspek, mangsa terus meronta dan berjaya melepaskan diri sebelum terus menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek yang panik melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

HM 20/10/2011
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger