Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dalam prosiding hari ini, Najwan mengaku beliau pernah berkhidmat dengan ADUN PKR, Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum ini.
Najwan pernah berkhidmat dalam jabatan kerajaan di Kementerian Pengangkutan (MOT), namun difahamkan dia pernah dikenakan tindakan disiplin dan dipecat dari jabatan itu kerana melanggar tatasusila sebagai penjawat awam.
Apa pula yang berlaku di UiTM sehingga Najwan berpindah kerja di tempat lain ?
Difahamkan Najwan juga adalah anak kepada seorang ‘individu penting’ yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.
Blogger Dr Novendri bertanya benarkah Dato’ Halimi Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah bapa Najwan ?
Apabila ditamatkan perkhidmatan di MOT, Najwan ditawarkan perkhidmatan secara kontrak di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor khusus untuk membantu Anwar.
Seperti diramalkan, kehadiran Najwan adalah untuk membuktikan Mohd Saiful adalah penyokong BN sepertimana yang pernah ditulis di blognya, najwanhalimi.com sekitar Februari hingga Mac 2008.
Menurutnya, Mohd Saiful dilabel sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana semasa belajar terlibat aktif dalam kepimpinan pelajar pro-kerajaan, tetapi selepas tamat belajar bekerja pula dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Ketika sama-sama menuntut di UNITEN, Najwan dikatakan mencemburui Mohd Saiful kerana pemuda itu berjaya mendekati Anwar berbanding dengan dirinya.
Baca seterusnya di AIDC
Rasanya Najwan Halimi ini sepatutnya juga digelarkan musang berbulu ayam. Kerja dengan kerajaan tetapi berkiblatkan Anwar.
Lagi satu apa kena-mengenanya menyokong BN dengan diliwat?
Takkan Anwar tak tahu Saiful menyokong BN ketika ambil dia berkerja?
Ataupun Anwar sangat tertarik dengan Saiful sehingga dia terlupa perkara kecil sebegitu untuk dikenalpasti?
Makna kata Anwar lebih utamakan Nafsu daripada kesetiaan?
Kebetulan pula ya semua mangsa liwat Anwar sebelum ini menyokong BN. Pandai Anwar.
Tetapi sayang, Musang Berbulu Ayam macam Najwan Halimi susah nak kelentong mahkamah
Hati-hati Najwan Halimi.
Bila 'kena' nanti, anda boleh dituduh menyokong BN. Anda ada pengalaman berkerja dengan kerajaan.
Post a Comment