Label 10

Home » » SAH !! VIDEO ANWAR SOLAT..RUKUK DAN SUJUD ITU BUKAN ANWAR HAHAHA !! tuiHHH gilOOO !!

SAH !! VIDEO ANWAR SOLAT..RUKUK DAN SUJUD ITU BUKAN ANWAR HAHAHA !! tuiHHH gilOOO !!

Written By AAKJ on Wednesday, October 19, 2011 | 11:58 PM

AIDCNews – 17/10/11 – “Maknanya liwat, liwat juga, sembahyang tak tinggal..balun, balun juga puasa tak tinggal..saya melihat dia (Anwar) manusia yang sangat anih”, kata Hamidzun Khairuddin, bekas salah seorang penggubal perlembagaan Parti Keadilan Nasional ketika ditemui di Shah Alam tahun lalu.
Hamidzun yang merupakan salah seorang pengamal undang-undang ditemui untuk mengupas ke liwat I dan II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas aktivis ABIM, Hamidzun melihat Anwar sebagai manusia ‘anih’, yakni boleh melakukan perkara baik dan terkutuk secara serentak tanpa rasa berdosa kepada diri sendiri.
Berikut disertakan rakaman video yang dimuatturunkan oleh reformis007 yang menunjukkan Anwar mampu ruku’ dan sujud dalam solatnya.




Dipercayai video ini dirakamkan oleh Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ketika mengikuti program Anwar di Johor pada tahun 2007.
Bermakna rakaman itu dibuat setelah 4 tahun Anwar dirawat di Klinik Alpha, Munich dan setahun sebelum Ketua Umum PKR itu didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada ketika itu, rakaman ini disebarluaskan di internet sebagai satu bahan propaganda yang menunjukkan Anwar seorang seorang tokoh yang Islamik sesuai dengan latar belakangnya sebagai bekas Presiden ABIM.
Turut bersolat berimamkan Anwar dipercayai dua orang pembantunya yang setia, iaitu Ibrahim Yaakub, Ketua Staff di pejabat Anwar Seksyen 16 dan Mokhtar, salah seorang pemandhttp://www.blogger.com/img/blank.gifu dan pegawal peribadi Anwar.


Dalam rakaman itu jelas kelihatan Anwar boleh ruku’ dan sujud tanpa rasa kesakitan, tidak seperti yang digambarkan oleh Dr Thomas Hoogland di mahkamah.

Hoogland pada 6 Oktober lalu dalam keterangannya di mahkamah memberitahu Anwar masih sakit tulang belakang, tidak mampu membongkok 90 darjah seperti dalam ruku’ solat.

“Saya memberi amaran kepadanya tentang sakit jika bergerak sedemikian dan menasihatkannya (supaya) melakukannya dengan perlahan (solat)”, katanya.Klik di sini

Terbukti hujah Hoogland di mahkamah bertentangan dengan rakaman video yang diterbitkan oleh kelab Anwar Ibrahim sendiri.

AIDC




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger