Label 10

Home » » PENANG TAK SELAMAT ?? BAWA MOTOR D TIMPA LAMPU JALAN TERUS MATI !!

PENANG TAK SELAMAT ?? BAWA MOTOR D TIMPA LAMPU JALAN TERUS MATI !!

Written By AAKJ on Monday, October 17, 2011 | 8:04 AM

MAUT...Ganesan diberi bantuan sebelum meninggal dunia selepas  lampu jalan terjatuh  mengenai lehernya.
MAUT...Ganesan diberi bantuan sebelum meninggal dunia selepas lampu jalan terjatuh mengenai lehernya.

GEORGETOWN: Seorang penunggang motosikal maut apabila dihempap lampu jalan yang secara tiba-tiba terjatuh dalam satu kejadian di Jalan Patani, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa V Ganesan, 27, yang baru sebulan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi dikatakan menunggang motosikal dari pejabat ke rumahnya di Sungai Pinang, di sini.

Menurut sumber, mangsa ketika itu menunggang berseorangan sebelum lampu jalan itu jatuh dan terkena leher menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.

Difahamkan, mangsa cedera, manakala urat lehernya terputus.

“Selepas terjatuh, mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang ramai yang kebetulan melihat kemalangan itu dan menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia berikutan mengalami pendarahan teruk di leher,” katanya.

 TERCABUT...topi keledar mangsa dan  lampu jalan yang jatuh (kiri)  di Jalan Patani, kelmarin.

Sementara itu, bapa mangsa, S Vadiveloo, 52, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diberitahu seorang jiran, anaknya terbabit dalam satu kemalangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

mymetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger