KUALA KANGSAR: Baru berusia 13 tahun, namun seorang pelajar perempuan tingkatan satu sudah berani menjalin cinta terlarang dengan ‘Mat Bangladesh’ hingga sanggup ponteng sekolah bagi bertemu buah hatinya itu dan tindakannya mengundang padah apabila nyaris dirogol kekasihnya berusia 21 tahun.
Pelajar perempuan sebuah sekolah di Sungai Siput di sini dikatakan berpura-pura menaiki bas ke sekolah, namun ponteng kelas untuk bersiar-siar bersama lelakinya itu.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kejadian berlaku pagi Jumaat lalu apabila lelaki itu menghubungi mangsa melalui telefon bimbit pada malam sebelum kejadian, mengajak remaja itu ke rumah sewanya di Taman
Kemiri.
Menurutnya, suspek mengambil pelajar itu dengan menaiki motosikal selepas mangsa turun dari bas.
“Bagaimanapun tindakan mangsa membonceng motosikal bersama lelaki warga asing itu dilihat beberapa pelajar dan guru sekolah berkenaan yang mengesyaki sesuatu tidak baik bakal berlaku,” katanya.
Azman berkata, setiba di rumah sewanya, lelaki Bangladesh berkenaan cuba membuka seluar sukan dipakai mangsa, tetapi pelajar itu enggan membenarkan seluarnya dibuka walaupun dipujuk menyebabkan lelaki berkenaan meraba dan memeluknya beberapa kali.
Mangsa dikatakan cuba melawan sebelum menendang teman lelakinya itu.
“Lelaki berkenaan yang kecewa kerana permintaannya mélakukan hubungan seks ditolak, membawa mangsa dengan motosikal dan meninggalkannya di belakang sebuah kafe siber di Pekan Sungai Siput,” katanya.
Beliau berkata, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di sebuah restoran, ditangkap orang ramai beberapa jam selepas kejadian.
Oleh D J Dolasoh
am@hmetro.com.my

Post a Comment