Label 10

Home » » PECAH RAHSIA !! PAS DAN DAP KUMPUL DANA PILIHANRAYA 1 BILLION MELALUI SIME DARBY ?!!!

PECAH RAHSIA !! PAS DAN DAP KUMPUL DANA PILIHANRAYA 1 BILLION MELALUI SIME DARBY ?!!!

Written By AAKJ on Wednesday, October 5, 2011 | 12:27 PM


Senang saja cerita, tiada siapa akan dapat projek di Pulau Pinang melainkan mereka kow tow pada Lim Guan Eng dan menyumbang pada dana pilihanraya DAP.

Difahami DAP dan PAS ada usahasama untuk membina dana pilihanraya sebanyak RM1 billion!!!!

Ada satu sumber maklumat peringkat tinggi memberitahu bahawa pengambilan 30% kepentingan dalam E&O oleh Sime Darby dari pemegang saham yang ada adalah satu usaha membina dana modal untuk pilihanraya bagi DAP dan PAS.

E&O yang mendapat projek tanah waterfront di Seri Tanjung Pinang seluas 1,000 ekar pastinya telah menyumbang kepada dana DAP.

Untuk menjayakan projek ini, E&O berjaya temberang Sime Darby yang Pengerusinya adalah haiwan politik Tun Musa Hitam dan CEO baru yang agak naif dalam permainan korporat, Dato Bakke Salleh.

Dalam mereka ingat deal SIme Darby membeli 3o% dari Tan Sri Wan Azmi, Terry Tham dan GK Goh Holding itu bagus, mereka tak sedar mereka telah membantu pihak lawan.

Sime Darby akan jadi pihak yang akan membiayai projek ini. Selain itu, ketiga-tiga mereka telah membeli juga untuk tujuan mambantu parti lawan.

Terry Tham yang akan terus dibenarkan menguasai dna mengurus syarikat oleh SIme Darby pasti adalah pihak yang menyumbang kepada pihak DAP.


Wan Azmi ini adalah saluran untuk PAS. Mungkin ramai ingat Wan Azmi sebagai "orang" Daim tetapi dia juga dalah anak Hakim Wan Hamzah yang dipecat semasa krisis judiciary tahun 1984. Semasa Zaid Ibrahim menjadi Menteri Kehakiman, dia telah membayar pampasan pada hakim-hakim termasuk ayah Wan Azmi.

Dia juga telah lama diketahui sebagai penyokong PAS. Syarikat yang membeli saham E&O sebelum pengumuman adalah syarikat Wan Azmi bernama Half Moon Bay Capital Ltd, sebuah syarikat off shore.


Half Moon Bay diurus oleh seorang aktivis PKR bernama Nik Mahmood.

Dia pernah menjadi Pengarah Ekskutif General Lumber Holdings Berhad (1985-1990), Pengarah Urusan Kumpulan Land & General Berhad (1990-1993) dan jawatan terakhir yang pernah disandangnya di bidang korporat ialah Pengarah Eksekutif General Lumber Fabricators & Builders Berhad (2000-2003).

Kenapa agaknya dipanggil Half Moon? Separuh untuk engkau, separuh untuk aku?


Hairan kami ... apa Penasihat hebat, lagi pandai dan cerdik, super genius bernama Ong Rasputin buat? Tak akan dia tak boleh nampak perkara ini akan menjejaskan partinya?

Anak Cina yang tidak ada sedikit darah Melayu, tiada sedikit pun jiwa Melayu itu adalah ahli UMNO dan Bendahari UMNO Bahagian Gelang Patah. Kenapa dia tidak siasat dan nasihat Perdana Menteri akan kegiatan GLC di bawah pemantauannya?
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger