Label 10

Home » » PAS KELANTAN MULA TEKAN CINA ?!!!

PAS KELANTAN MULA TEKAN CINA ?!!!

Written By AAKJ on Thursday, October 6, 2011 | 1:15 PM





Pemuda MCA akan menubuhkan satu pasukan yang sah disisi undang-undang bagi mempertahankan SJKC Kai Chih di Pasir Puteh, Kelantan, jika sekolah itu dibawa ke mahkamah kerana mengadakan sambutan 'Mid-Autumn' iaitu pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa permit.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, 
Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh   telah mengeluarkan notis ke sekolah tersebut pada 18 September 2011. Pihak sekolah itu diberikan masa selama tiga hari untuk memberi surat tunjuk sebab.


Kesalahan itu yang mungkin didakwa di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang mana jika disabitkan kesalahan ia membawa kepada hukuman denda maksimum RM20,000, penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Seperti yang dijelaskan kepada Keris, Sekolah tersebut hanya mengadakan sambutan perayaan budaya cina iaitu 'Pesta Tanglung' pada 15 September 2011.Dr Wee yang juga menjawat Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sambutan itu bukan satu hiburan maka ia tidak relevan disaman oleh pihak PTJPP.

Dari sudut Kerajaan Negeri Kelantan, Setiausaha PAS Kelantan Takiyuddin Hassan berkata ia tertakluk di bawah Enakmen Hiburan negeri 1998, tiada sebarang bentuk hiburan yang dibenarkan pada setiap petang Khamis sebagai tanda menghormati waktu Solat Jumaat. 


Keris pun hairan, apa kena mengena mereka sambut 'Pesta Tanglung' di malam hari yang habis sebelum pukul 12 malam dengan Solat Jumaat? Sudahlah ianya disambut di kawasan sekolah jenis cina, bukannya di hadapan surau atau masjid. Saling tolak ansurlah, kita 1Malaysia kan?

Nak tanya juga, Namewee tak mahu buat lagu rap kutuk kerajaan negeri Kelantan ke? DAP  tak bersuara pulak atau takut kepada PAS Kelantan? Jawab jangan tak jawab!
tqkeris7lok
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger