Unspinners petik ucapan belanjawan 2012 oleh ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim. Ada perkara menarik yang perlu dibaca.
Tuan Yang DiPertua,
Sepertimana yang di-cadangkan untuk menjamin penerimaan sepenuhnya dasar transformasi di kalangan penjawat awam, pegawai tertinggi GLC juga harus di-pantau dengan lebih dekat agar kuasa ynag melampau tidak menjurus ke-arah amalan rasuah dan salahguna kuasa.
Pegawai GLC yang terbukti menyeleweng harus di-ambil tindakan yang tegas agar ianya menjadi pengajaran kepada yang lain, manakala yang di-ketahui terlibat dalam kes penyelewengan tetapi kurangan bukti untuk di-sabitkan kesalahan harus di-pindahkan serta-merta ke-jawatan lain.
Baru-baru ini timbul pula ura-ura tentang penyalahgunaan kuasa yang berleluasa serta penyelewengan dalam syarikat GLC telekom Malaysia Berhad.
Mungkin Menteri yang berkenaan boleh menjawab, apakah benar Menara TM di Bangsar serta Menara Celcom di Jalan Semarak (kedua-duanya milik TM) telah di-jual?
Saya harap cerita ini hanya khabar angin sahaja namun berdasarkan tingkahlaku mereka yang menerajui GLC – GLC kita yang lain, saya tidak terkejut langsung dengan khabar ini.
Sekali lagi saya ingin mendesak agar skandal penggabungan ECM Libra dan syarikat GLC Avenur Capital di-siasat semula kerana adalah mustahil untuk mana-mana pihak untuk menguasai sebuah GLC dengan asset tunai melebihi 3 BILLION ringgit tanpa apa-apa bayaran tunai, walaupun 1 ringgit.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pernah menyiasat skandal ECM Libra – Avenue Capital ini namun kesudahan-nya agak terbantut dan isu-isu yang kontroversi masih belum terjawab sehingga hari ini.
Saya mendesak agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara membuka kembali fail lama ini bagi mengelak GLC lain daripada menjadi mangsa permainan silap-mata yang serupa.
Janganlah wujud keadaan di-mana penjawat awam bergaji rendah harus patuh kepada segala garis panduan dan tatacara manakala yang menerima imbuhan ratusan ribu ringgit bebas menyeleweng syarikat kerajaan dengan bantuan penyangak dari luar.
Kita harus adil dalam perkara ini dan bukan-nya mengamalkan sikap pilih kasih seperti dalam parti DAP.
Wakil Rakyat biasa, bekas aktivis HINDRAF, di-gantung serta-merta selama enam bulan kerana cadangan ingin menukar rupa-bentuk Jalur Gemilang dalam Facebook tetapi Ketua Menteri yang memburukkan negara dan bercakap berbohong bebas tanpa apa-apa tindakan.
Baca seterusnya di sini.
Kita dah lama dengar hal-hal di atas ini ada kena-mengena dengan kroni-kroni zaman Tun Dol dulu..
Kerajaan kena siasat dan ambil tindakan sebelum terlambat.
Post a Comment