“Depa ajak saya pi (pergi) pondok, Saya pun turut (ikut) naik gerek (basikal) sendiri. Di sana, depa suruh saya buka baju dan seluar sebelum tindih saya,” kata Liana, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mendakwa dirogol empat rakan sekolah masing-masing berusia 10 dan 13 tahun di sebuah pondok di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang bermain di taman permainan berhampiran mendakwa dipelawa seorang daripada empat remaja lelaki terbabit untuk bermain di sebuah pondok.
Menurutnya, ketika keempat-empat lelaki itu bergilir-gilir ‘menindihnya’, dia menjerit kerana sakit, namun tidak dihiraukan.
“Saya tak tau (tahu) nak buat apa kerana tempat tu (itu) sunyi. Selepas habis, saya pakai baju sendiri dan depa bagi tau (beritahu) jangan cerita pada emak dan ayah,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdul, 36, berkata, dia dan isteri tidak mengetahui anaknya itu menjadi mangsa rogol sehinggalah isterinya menerima panggilan daripada guru sekolah anaknya.
“Guru sekolah menghubungi isteri Saya pada Khamis lalu dan bertanyakan sama ada kami tahu atau tidak anak menjadi mangsa rogol.
“Sebenarnya, cerita mengenai kejadian anak saya dirogol sudah tersebar di sekolah kerana seorang daripada remaja lelaki itu menceritakan kepada rakannya sebelum diketahui guru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Abdul berkata, guru itu ada menemui seorang murid yang didakwa merogol anaknya dan dia menceritakan kejadian sebenar.
Katanya, selepas kejadian itu, dia membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan membuat laporan di Balai Polis Serdang pada hari sama.
“Melalui pemeriksaan, doktor menyatakan ada kesan koyak pada kemaluan anak. Saya sedih kerana anak yang masih kecil menjadi mangsa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
HM 23/10/2011
Post a Comment