Label 10

Home » » KOLEJ MARKAZ ZINA part 3 !! NEGRO DAN MELAYU BERCINTA PUNCA PERANG D KOLEJ SEREMBAN !!

KOLEJ MARKAZ ZINA part 3 !! NEGRO DAN MELAYU BERCINTA PUNCA PERANG D KOLEJ SEREMBAN !!

Written By AAKJ on Tuesday, October 18, 2011 | 11:23 PM


KELIHATAN sebuah gerai yang terbalik dan sebahagian pelajar Arfika yang berkumpul di luar kediaman mereka di Mantin selepas diserang semalam.

SEREMBAN - Huru-hara sebuah flat yang didiami sekumpulan pela- jar Afrika dari sebuah kolej swasta di Mantin dekat sini apabila mereka diserang sekumpulan kira-kira 100 pelajar kolej sama dan turut disertai penduduk di taman perumahan berdekatan.

Amukan yang bermula pukul 9.30 malam kelmarin dan berlarutan hingga pukul 2.30 pagi semalam itu didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar tempatan dan penduduk membabitkan hubungan cinta di kalangan pelajar Afrika dan pelajar tempatan di kolej swasta di situ.

Dalam kejadian yang menggemparkan itu, tiga pelajar warga negara Afrika tersebut cedera diserang kumpulan pelajar dan penduduk tempatan tersebut.

Kekecohan itu berlaku di pekara- ngan kediaman pelajar kolej swasta tersebut yang jaraknya dengan kolej tersebut hanya kira-kira 200 meter.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, seorang daripada pelajar Afrika itu patah bahagian tangan, manakala dua lagi dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar.

"Buat masa ini, polis tidak membuat sebarang tangkapan dan kita sedang menyiasat.

"Semasa kejadian ini berlaku pada pukul 9 malam, beberapa kereta mengalami kerosakan dan sebuah pondok pengawal turut ditumbangkan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati menge- nai hubungan pelajar Afrika dengan wanita tempatan di situ.

Osman berkata, kejadian itu dapat dileraikan pada 2.30 pagi.

"Kepada penduduk sekitar kawasan ini, saya ingin nasihatkan bahawa walaupun keadaan sudah tenteram, jangan mulakan lagi insiden ini.


PASUKAN Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal di sebuah kediaman pelajar sebuah kolej swasta semalam.

"Saya telah mengarahkan polis mengawal keadaan di situ dan memantau perkembangan serta mencari dalangnya," katanya.
Berikutan kejadian itu, hampir 50 pelajar Afrika berkumpul di hadapan flat kediaman mereka sambil memegang beberapa batang kayu besbol, besi dan menjerit serta berteriak menyatakan rasa tidak puas hati apabila rakan-rakan mereka dibelasah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger