Label 10

Home » » KETUA PENERANGAN PAS KOTA BHARU LANGGAR TITAH SULTAN ??

KETUA PENERANGAN PAS KOTA BHARU LANGGAR TITAH SULTAN ??

Written By AAKJ on Friday, October 14, 2011 | 10:01 AM



Ketua Penerangan Pas Kota Bharu
Ketua Penerangan Pas Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi telah ‘menderhaka’ kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sekiranya benar beliau masih menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat di Masjid Cherang.
Ini kerana penamatan perkhidmatannya sebagai imam oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mendapat perkenan baginda tuanku.
MAIK dan Istana Kelantan juga dikatakan telah memulakan siasatan berhubung dakwaan Nor Azariza mencerca MAIK dalam khutbahnya Jumaat lalu. Beberapa tindakan boleh dikenakan kepada penceramah Pas termasuk melanggar titah Sultan Kelantan.
Malah isu pemecatan tersebut juga turut disentuh oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Nor Azariza dalam laman facebook sebelum komen itu dikeluarkan kira-kira sejam kemudian.
Dalam komen itu, Nor Azariza mengesahkan bahawa beliau telah dipecat daripada jawatan tersebut.


TQGELOMBANG MERAH
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger