Restoran Rakyat 1 Malaysia
Gua rasa budak ni Bodoh lah, Gua mintak lu orang baca kenyataan budak paling Popular yang merupakan Blogger Superstar Yang diupah Pemimpin Pakatan Pembangkang:
"HEBOH sejak beberapa hari lalu tentang dakwaan pelanggan yang berasa tertipu dengan harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia.
Bagi mengesahkan dakwaan tersebut, semalam ReJaM© bersama beberapa orang rakan telah melawat sendiri restoran tersebut di Lorong Medang Tuanku Satu, Kuala Lumpur.
Di sebelah pintu masuk, tergantung sebuah banner yang menunjukkan harga sarapan pagi RM1.00 jika pelanggan memilih sekeping roti canai / kuih dan secawan teh tarik.
Manakala bagi juadah makan tengah hari, Restoran Rakyat 1 Malaysia ini menawarkan hargaRM3.00 untuk nasi campur dengan lauk daging / ayam / ikan serta sayur dan papadom bersama segelas air sirap.
ReJaM© memilih untuk makan nasi dengan sedikit lauk daging masak kari dan telur sambal bersama dengan air teh O ais. Lihat gambar di atas.
Ini bermakna lauk yang ReJaM© pilih jauh lebih murah berbanding makanan yang ditawarkan di dalam banner tersebut.
Malangnya harga yang terpaksa dibayar lebih kurang serupa sahaja dengan harga kedai-kedai lain. Lihat resit di bawah ini, ReJaM© dikenakan bil sebanyak RM5.70 untuk nasi campur (RM4.50) dan Teh O Ais (RM1.20).
Cerita punyalah gempak dalam media-media pengampu, seolah-olah makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia ini semuanya murah. Tapi hakikatnya makanan murah di Restoran Rakyat 1 Malaysia hanyalah propaganda lunak terhadap "Gagasan 1 Malaysia
GOMO: Tu dia artikel dari Blogg no 1 Pakatan Pembangkang yang konon kononya ditipu oleh Restoran Rakyat 1 Malaysia. Tu dia kata lah dia kena tipu tetapi pada yang cerdik akal dah tentu kata dia tu BODOH nak mampos. Macam mana tak bodoh? Ni nak cerita macam mana Bodohnya blogger No 1 Upahan Pemimpin Pakatan Pembangkang ni.
Hangpa tengok menu yang tertera diatas ni, anda lihat dengan jelas dan lihat pula Harga yang diberikan. Apakah sama menu diatas dengan harga RM 3 sepertimana yang diambil oleh si Blogger Pembangkang No 1 tu?
Ni yang si Blogger Superstar Pakatan Pembangkang ambil dan makan. Adakah sama sepertimana didalam menu yang disediakan dalam Restoran Rakyat 1 Malaysia? Sama ke?
Bila dah bagi pakej harganya maka kita kenalah ikut pakej yang diberikan tak kira lah sama ada kita ambil benda yang lebih sikit atau apa pun namun yang jelas kita kena ikut pakej yang dinyatakan barulah kita mendapat harga yang sama dengan Pakej nya.
Ni lah aku malas nak komen pasal blogg blogg Pembangkang sebab depa ni terlalu Bodoh bila nak bercakap ataupun mengeluarkan artikel. Ni ke tahap mentaliti Blogger Superstar Pakatan Pembangkang? Ni ke yang selalu dibangga banggakan oleh Pemimpin Pembangkang? Memang sahlah pemimpin Pembangkang pun Otak Tepu sama macam Blogger depa ni.
Dah lepas makan si Blogger Superstar Pakatan ni kena lah bayar harga semasa yang dah jelas tertera dalam Bill bukan menu Rakyat 1 Malaysia. So macam mana lagi nak kata kat orang Bodoh macam ni? Rakyat nak dengar cakap sapa kalau tak pi sendiri dan ambil menu yang disediakan?
Gomo yakin anda semua rakyat Malaysia bijak dan amat pandai dalam menilai harga Menu yang disediakan. Contoh seperti menu diatas yang mana tertera harganya namun bila kita ambil yang lain adakah kita akan mendapat harga yang sama sepertimana yang tertera didalam menu yang disediakan?
Gomo harap Rakyat Malaysia sedar bahawa Pakatan Pembangkang akan menggunakan apa sahaja dalam meracuni pemikiran rakyat agar membenci Kerajaan BN. Apa sahaja yang dilakukan Kerajaan BN pasti akan ditentang oleh mereka walaupun hakikatnya pekara tersebut amat baik buat rakyat Malaysia.
Kedai Runcit 1 Malaysia juga diserang bertubi tubi oleh Pakatan Pembangkang walhalkan kedai tersebut memberikan rakyat nikmat harga yang terendah berbanding kedai runcit lain. Malah ada barang yang dijual dalam KR1M jauh lebih rendah dari pasaraya Tesco, Careffor, Giant, Econsave dan sebagainya.
Ingatlah wahai rakyat Malaysia, jika kita buka minda, cerdik akal maka kita tidak akan mudah terhasut dengan dakyah serong pakatan pembangkang ini. Kita akan cuba dan lihat sendiri sebelum kita mengeluarkan komen dalam sesuatu pekara. Gomo yakin rakyat Malaysia bijak dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pembangkang.
TQPAPAGOMO
+ comments + 2 comments
Bodoh tak boleh diajar le tu...nak sedap tapi murah....
Aku sokong konsep Klinik 1Malaysia dan Menu 1Malaysia....bagus juga kerajaan membuat perkara begini, sekurangnya duit yg. kita bayar ada nilai!! Umpama membayar RM4 berdasarkan menu pakej adalah lebih murah daripada membayar harga makanan yg meliputi [Nasi putih + ikan/ayam/daging + sayur pilihan + air pilihan ] RM 13 - RM15. Jauh bezanya dari harga RM 4!!...
Pembangkang akan sentiasa membangkang apa yg BN buat. Dah mmg dasar tidak berterima kasih langsung tapi realitinya Pembangkang juga adalah pengguna paling ramai menggunakan juga...Semoga konsep 1Malaysia kekal selamanya...
Post a Comment