Pondan Lari Dari Pusat Pemulihan
JITRA – Seorang pelatih lelaki yang berperwatakan seperti wanita melarikan diri dari sebuah pusat rawatan serta pemulihan dadah dan akhlak di Wang Tepus di sini sejak 11 hari lalu.
Mohd. Ridhwan Khan Jumakahn (gambar kecil), 30, yang berasal dari Negeri Sembilan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan semasa menerima rawatan di pusat berkenaan.
Pengetua Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk, Mohd. Muzni Mohd. Noor memberitahu, pihaknya menyedari kehilangan pelatih itu ketika mahu mengejutkan para pelatih untuk solat Subuh secara berjemaah kira-kira pukul 5 pagi pada 14 Oktober lalu.
Katanya, pihaknya percaya pelatih terbabit memanjat pagar di pusat itu sebelum berjaya meloloskan diri.
“Kami telah cuba mencarinya di merata-rata tempat termasuk di Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Nerang, namun gagal.
“Kami turut menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemuinya di kawasan Bukit Tembaga, Kuala Nerang dan ingin menghantarnya pulang ke pusat ini.
– MyBerita
Post a Comment