Label 10

Home » » KANTOI !!! KALID SAMAD GUNA DUIT ZAKAT SELANGOR HANTAR ANAK KE MESIR ??!!

KANTOI !!! KALID SAMAD GUNA DUIT ZAKAT SELANGOR HANTAR ANAK KE MESIR ??!!

Written By AAKJ on Saturday, October 8, 2011 | 1:08 PM



Sewaktu PAS memerintah Trengganu pada 1999-2004 telah berlaku kekecohan pada tahun 2003 apabila lima orang anak kepada dua anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) menggunakan wang zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Trengganu untuk membiayai pengajian kelima-lima mereka di timur tengah.Kini setelah lapan tahun berlalu peristiwa yang sama berulang kembali.Bukan di Trengganu,tetapi di Selangor.

Maklumat yang sampai ke Rakan Blogger sel13.com mengatakan anak kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,menggunakan wang dari PZS untuk membiayai pelajarannya di timur tengah.Khalid Samad sering bercakap soal intergriti ,menuduh lawannnya rasuah,melakukan penyelewengan,salah guna kuasa dan sebagainya,dalam masa yang sama dia juga seleweng.

Sebagai seorang ahli parlimen dan juga seorang jurutera,sudah tentu Khalid Samad lebih dari mampu untuk menanggung pelajaran anaknya, tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang dari PZS untuk tujuan tersebut.Wang yang sepatutnya disalurkan kepada anak-anak orang yang lebih susah atau miskin untuk menyambung pelajaran terpaksa diberi kepada anak seorang ahli parlimen yang sudah kaya-raya.

Khalid Samad harus menunjukkan dia cakap serupa bikin, bukannya menjadi manusia munafik. Khalid Samad harus mengembalikan semula wang tersebut kepada PZS untuk kegunaan orang lain yang lebih susah.


tqbadutrakyat
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger