Khalid Ibrahim khabarnya akan disingkir sebagai Menteri Besar Selangor. Khabar ini bukan baru pertama kali didengar tetapi sudah kedengaran sebelum ini lagi. Khalid Ibrahim akan dijadikan sebagai "kambing hitam" oleh Anwar Ibrahim untuk menutup kelemahan pakatan pembangkang di Selangor yang gagal dalam melaksanakan janji mereka kepada rakyat. Kambing hitam untuk menutup belanjawan defisit di Selangor.
Sudah pasti dengan menyingkirkan Khalid, maka harapan akan diberi sekali lagi kepada rakyat Selangor untuk terus memberi peluang kedua kepada pembangkang menerajui Selangor. Kegagalan penasihat ekonomi Selangor akan dikambing hitamkan kepada Khalid Ibrahim. Belanjawan Selangor adalah petunjuk kegagalan pembangkang mentadbir negeri.
Pada 2008, kerajaan negeri Selangor mempunyai lebihan RM48 juta. Namun bila pembangkang memerintah, belanjawan pada 2009 berakhir dengan 65.5 juta. Duit ini kemana hilangnya? Belanja buat Selangor Tv pun sudah RM15 juta, itu belum dicampur dengan belanja buat signboard propaganda bernilai RM600,000 setiap satu di Selangor lagi. Apakah ini penyebab defisit?
Bukan setakat 2009 sahaja, belanjawan di Selangor pada 2010 juga defisit RM144 juta. Dua tahun berturut turut Selangor mencatat defisit setelah memerintah Selangor. Dijangka pada 2011, Selangor akan mencatat defisit yang lebih tinggi iaitu sejumlah RM200 juta. Ini bukti kerajaan negeri Selangor tidak cekap mentadbir negeri. Ada kebarangkalian wang tersebut digunakan untuk tujuan tujuan politik mereka? Kambing hitamnya adalah Khalid Ibrahim. Anwar Ibrahim yang bergaji RM1 akan lepas tangan sahaja. Rakyat Selangor yang menanggung akibat.
Angin Perubahan
Angin Perubahan
+ comments + 2 comments
hutang banyak pon sebab MB selangor seblom Tan sri Khalid...
ye ke kimie perasan japanese?
ko tak selidik dulu ke sejak bila defisit2 dan hutang2 semua tu? kalau belum, memang layak le ko dipanggil si perasan yang bodoh!
hehehe
Post a Comment