Label 10

Home » » GAMBAR DAN VIDEO TERBARU ANWAR BOLEH PUSING 180 DARJAH !! BOLEH RUKUK !! MANA DIA NAK LARI !!

GAMBAR DAN VIDEO TERBARU ANWAR BOLEH PUSING 180 DARJAH !! BOLEH RUKUK !! MANA DIA NAK LARI !!

Written By AAKJ on Monday, October 17, 2011 | 9:48 AM





AIDCNews – 15/10/11 – Satu rakaman video yang diterbitkan oleh pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, keadilantv, ketika Ketua Umum PKR baru keluar dari persembunyian di Kedutaan Turki pada 30 Jun 2008 membuktikan hujah pembela, Dr Thomas Hoogland di mahkamah tidak benar.
Hoogland, merangkap doktor peribadi Anwar pernah merawat sakit tulang belakang Ketua Umum PKR itu di Kliniknya, di Munich, Jerman pada September 2004 mendakwa walaupun selepas dirawat, tetapi penyakit Anwar tidak sembuh dan masih sakit tulang belakang sampai ke hari ini.
“Ia menyebabkan Anwar sukar untuk membongkok dan mengehadkan pergerakan belakang dan bahagian leher beliau”, katanya seperti dilaporkan Keadilandaily.com.
Bernama yang memetik kenyataan Hoogland mendakwa Anwar akan merasa sakit ketika hanya membongkok di antara 5 hingga 10 darjah, apatah lagi mahu membongkok 90 darjah seperti dalam ruku’ solat.
solat.
Namun, video keadilantv di atas yang merakamkan Anwar keluar dari tempat persembunyiannya dari rumah duta di Kedutaan Turki, Jalan U Thant, Kuala Lumpur pada 30 Jun 2008, jam 6.45 petang, iaitu lima hari Ketua Umum PKR itu didakwa meliwat pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuktikan sebaliknya.
Anwar didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas pekerjanya, Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur di antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang.
Rakaman itu menunjukkan Anwar keluar dari kereta yang dinaikinya, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mazda berwarna hitam, untuk bercakap dengan sekumpulan 50 wartawan yang sedia menunggu di luar pagar Kedutaan tersebut.
Rakaman itu menunjukkan Anwar tanpa dibantu oleh sesiapa, daripada membongkok keluar hingga berdiri dari pintu keretanya untuk bercakap kepada wartawan.
Pergerakan Anwar dari membongkok hingga berdiri dari pintu keretanya pantas, dan tidak menggambarkan beliau ‘kesakitan’ sepertimana yang cuba digambarkan oleh doktor upahannya dari Munich di mahkamah.
Rujuk minit 0:00 hingga minit 0:01 dalam foto dan video di atas.
Rakaman itu pada minit ke 0:05 hingga minit 0:07 dilihat boleh berpusing ke belakang hampir kira-kira 180 darjah sambil melambai-lambai tangan, tidak seperti yang digambarkan oleh Hoogland dalam mahkamah bahawa Anwar masih sakit belakang yang mengehadkan pergerakan belakang dan bahagian lehernya.
Berdasarkan bukti foto dan rakaman video di atas, jika benar Anwar masih sakit belakang Anwar masih belum sembuh maka kredibiliti Hoogland wajar dipersoal, kerana membuktikan beliau bukan doktor yang profesional dan terbaik hingga gagal menyembuhkan pesakitnya walaupun telah dirawat hampir 3 minggu di kliniknya, Alpha, Munich, Jerman.
Maka dengan ini, fakta yang didedahkan oleh blog The Unspinners yang mendakwa Klinik Apha, Munich, Jerman kepunyaan Hoogland kini telah muflis disebabkan tidak profesional, cuai, salah tadbir urus dan skandal seks wajar diberi perhatian.
Apatah lagi keterangan-keterangan Hoogland di mahkamah lebih berbentuk bias sehingga sanggup memanipulasikan fakta semata-mata untuk menyelamatkan maruah Anwar dalam pembelaan kes liwatnya itu. Klik di sini, sini, sini dan sini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger