Filem Klip 3 gp ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober , sebelum ditayangkan sudah ada kontroversi ni, ada beberapa trailer untuk filem ni pun dah disekat atau di banned kerana adegan yang terlalu ghairah. Tapi video yang di banned tu tetap jugak ditayangkan di you tube. Kontroversi lain ialah ada video yang disebarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan bukannya dibuat oleh pihak Grand Brilliance atau pengarahnya.
Menurut pengarah filem Klip 3 gp, Aidil, pihak yg memuat naik video rakaman adegan ghairah membabitkan Mimi dan Fikhree Bakar itu, bukan berdasarkan adegan yang diarahkannya tetapi ia versi yang ditokok tambah.
“Sebenarnya adegan ghairah yang dirakamkan itu bukan sewaktu penggambaran yang saya arahkan tetapi ia diambil menerusi telefon bimbit berdasarkan gambarnya yang kasar dan seperti belum digredkan dalam kualiti yang profesional.
Pengarah filem tu tak menafikan ia dilakukankan oleh pihak tertentu, dan kes itu biar Grand Brilliance yang siasat siapa yang merakamkan video tersebut.
Minggu lalu heboh di Internet apabila sebuah adegan yang dikatakan menghairahkan antara Mimi yang juga anggota kumpulan One Nation Emcees itu dan Fikhree yang berlakon dalam 3GP telah menjadi bualan ramai.
Apa kata Mimi pulak:
Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya.
Vidoe trailer Klip 3gp dibanned
Post a Comment