Ini baru satu kes. Cuba bayangkan apek itu klon sejuta IC. Lepas itu diagih-agihkan untuk didaftarkan pula menjadi pengundi fuckatan di kawasan majoriti Melayu. Barulah selepas itu kita boleh tengok DAP bertanding 2/3 Parlimen dan satu lawan satu dengan UMNO!
Anda rasa perkara ini mustahil? Tiada apa yang tidak boleh dilakukan oleh ultra kiasu untuk memenuhi kehendak mereka. Mungkin tidak semua orang Islam sampai hati menipu untuk jadi kaya. Tetapi pada mereka bukan setakat tidak rasa bersalah, bahkan diperjudikan lagi hasil penipuan untuk melipat gandakan untung. Halal haram tidak pernah menjadi hal buat mereka.
Kini, mereka menguasai segenap aspek ekonomi di negara ini. Namun mereka masih lagi belum berpuas hati. Mengapa? Kerana UMNO dan BN masih lagi tegar melindungi baki kepentingan orang Melayu dan kuasa politik yang tinggal.
Kerana itu, mereka amat mengharapkan supaya pencacai PAS dan Melayu PKR menjadi perisai agung mereka untuk merampas kuasa politik orang Melayu yang ada. Formula Lee Kuan Yew di Singapura sedang dilaksanakan dengan rancak. Kuasa Raja Melayu saban hari dipertikaikan. Akidah orang Melayu pula dihakis secara halus dan sistematik melalui dasar-dasar Kerajaan Negeri yang berat sebelah. Baki penguasaan ekonomi kecil-kecilan bumiputera dihapuskan setiap hari. Siapa yang mempertahankan ini semua kalau tidak orang Melayu itu sendiri!
Sama ada kita mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada budi bicara masing-masing. Cuba-cubalah semak setiap senarai pengundi yang baru diwartakan. Jangan terkejut kalau anda boleh terjumpa berpuluh keluarga Cina dalam satu kampung Melayu! Pelik? Jangan pelik kerana pendukung BERSIH tidak pernah menganggap ini semua satu penipuan pilihanraya. Bagi mereka, hanya pertambahan dan pemindahan pengundi orang Islam sahaja yang membuktikan berlakunya penyelewengan!
TQMYMASSA
Post a Comment