Home »
» DEDAH !!! ADA RAKAMAN LAIN D SEBALIK RAKAMAN LIWAT SAIPOL ??
DEDAH !!! ADA RAKAMAN LAIN D SEBALIK RAKAMAN LIWAT SAIPOL ??
Skrip mahkamah yang menarik mengenai kewujudan 2 hard disk 'misteri' yang menceritakan dengan terperinci aktiviti Anwar Ibrahim bersama 5 orang di dalam kondo tempat di dakwa berlakunya kes liwat Saiful Bukhari!
Menarik! Persoalannya, apakah content sepenuhnya 2 hard disk tersebut?
Di antara skrip mahkamah tersebut :-
Q: Pada 24.09.2008 jam lebih kurang, adakah kamu menerima apa-apa barang daripada bahagian Forensic PDRM?
A: Ya. Saya menerima 2 buah hard disk yang saya tandakan “HD1” dan “HD2” dari C.Insp Fauziah dari bahagian Forensik PDRM.
Q: Adakah ini hard disk yang kamu serahkan sebelum ini?
A: Ya, hard disk yang sama.
Q: Adakah Puan Fauziah yang kamu maksudkan?
A: Ya.
C.Insp Fauziah dicamkan.
Q: Untuk tujuan ini adakah borang serah menyerah dikeluarkan?
A: Ya.
Q: Adakah kamu dan Fauzian tandatangani?
A: Ya.
Q: Saya rujuk saksi kepada P69. Cuba lihat adakah ini borang serah menyerah “HD1” dan “HD2” yang diserahkan kepada kamu dan kamu terima pada hari itu?
A: Ya.
P69 dicamkan.
Q: Di mana kamu simpan kedua-dua hard disk ini?
A: Kedua-dua hard disk ini saya simpan di dalam cabinet besi saya di pejabat saya.
Q: Berkenaan hard disk adakah kamu melihat rakaman di dalamnya?
A: Pada 9.30 pagi 05.07.2008 saya telah lihat rakaman bersama-sama dengan C.Insp Fauziah.
Q: Rakaman daripada kedua-dua hard disk?
A: Ya.
Q: Kamu tahu sama ada diskdimainkan itu adalah disk yang kamu berikan kepadsa C.Insp. Fauziah atau disk lain?
A: Saya tak tahu.
Q: Apa tujuan kamu pergi menonton rakaman?
A: Tujuan saya adalah untuk saya lihat siapakah yang masuk ke dalam kondo dan juga lif dan seterusnya ke tingkat 5 tempat kejadia pada 26.06.2008 di antara pukul 12.00-6.00 ptg.
Q: Adakah siapa-siapa individu di dalam rakaman itu yang kamu boleh cam?
A: Pengadu dalam kes ini.
Q: Selain daripada itu?
A: Saya juga camkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Q: Ada camkan orang lain?
A: Saya juga camkan beberapa orang yang lain.
Q: Beberapa orang?
A: Ada 5 orang selain Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pengadu.
Q: Bila saya kata camkan maksudnya yang kamu tengok saja kamu boleh tahu. Ada 5 orang kamu boleh camkan?
A: 5 orang.
Q: Bagaimana kamu cam? Kamu kenal mereka sebelum ini?
A: Saya hanya kenal 1 orang dan yang lain saya camkan bila mainkan rakaman tersebut.
Q: Kenal mereka?
A: Tak kenal.
Q: Pernah jumpa mereka sebelum itu?
A: Tak pernah jumpa.
Q: Kamu tahu nama?
A: Saya tahu nama mereka.
Q: Selain dari itu, apa yang kamu lihat?
A: Saya juga lihat pada kenderaan yang masuk.
Q: Ada kamu target kenderaan-kenderaan tertentu untuk disiasat?
A: Ya.
Q: Boleh kamu beritahu apakah nombor kenderaan yang kamu kenalpasti untuk siasat lanjut?
A: WMK 6, WPK 5925, WND 1173 (Perdana), BHA 5476 (Honda Accord), WNK 6238 (Toyota Harrier) dan DAE 5 dan WNK 5251.
Q: Bagi kesemua kereta ini ada semak dengan JPJ siapakah pemilik berdaftar?
A: Ada.
Q: Boleh beritahu mahkamah yang mulia ini nama pemilik berdaftar bagi kenderaan—kenderaan ini?
A: WND 1173 (Perdana) – Malaysian Institute of Economic Research;
BHA 5476 (Honda Accord) – Nik Mahmood b. Nik Hassan;
WMK 6 (MG Rover) – Dato’ Seri Anwar Ibrahim;
WNK 6236 – Omar b. Malek Ali Merican, Chief Operating Officer of Bursa Malaysia;
DAE 5 – Dato’ Nik Mohd Sidek;
WMK 5251 – Deutsch Bank;
WPK 5925 – En. Zaki.
Q: Adakah kamu kesan dan rakam percakapan mereka semua ini?
A: Ya.
Q: Daripada beberpaa nama ini, siapa yang kamu sendiri rakam percakapan?
A: Daripada semua penama yang saya beri saya telah rakamkan percakapan Prof . Datuk Dr. Mohamed Ariff.
Q: Dia guna kereta apa mengikut siasatan kamu?
A: Beliau tekah menggunakan kereta WND 1173 Jenis perdana Hitam SETERUSNYA
TQMIM
Post a Comment