Home »
» CUCU GUAN TUKAR SEKOLAH KERANA SEKOLAH TU MORALNYA RENDAH ?? SURAT KABAR CINA TULIS LAIN ?!!
CUCU GUAN TUKAR SEKOLAH KERANA SEKOLAH TU MORALNYA RENDAH ?? SURAT KABAR CINA TULIS LAIN ?!!
MiM berharap agar guru besar SMJK Heng Ee dapat menjawab dengan kadar segera tentang satu laporan di dalam suratkhabar berbahasa Cina di mana Lim Guan Eng DAP mengaitkan sekolah tersebut dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar!
Betulkah terdapat gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar-pelajar sehinggakan anak Guan Eng DAP mahu keluar dari sekolah tersebut?
Dan kenapakah portal pro-pembangkang dan akhbar yang lain tidak menyiarkan kenyataan tersebut?
Atau apakah beliau akan mengaku bersetuju dengan Setiausaha Agung DAP itu ? Beranikah?
Yang mana satukah yang betul?
Akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily di dalam halaman A10 telah menyentuh kenyataan Lim Guan Eng ekoran Skandal RM200,000 3R yang hangat dibincangkan sekaran ini.
Di antaranya :-
Menurut laporan akhbar terbabit, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan tersebut adalah fitnah dari pemimpin UMNO yang tidak senang dengan kepimpinannya. BACA SINI
Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar.
Alasan itu tidak munasabah kerana bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkannya kepada bloggers dan media sebelum ini bahawa anaknya dipindahkan kerana masalah displin.
Manakala kenyataan media lain menyebut beliau pindahkan anaknya kerana kerana mahu berambut panjang.
Apakah motif sebenar pertukaran sekolah anaknya? Alasan demi alasan dikeluarkan untuk menutup pekung di dada. Akhirnya sedikit sebanyak ianya akan merungkai kebenaran yang sebenar. seterusnya
p/s : Guan Eng...akhbar Guan Ming Daily sudah buat laporan berita, kenapa tidak saman? Kenapa mesti tunggu Utusan Malaysia saja?
Baca seterusnya di
DR MIM
Post a Comment